BEN ASHAARI

Thursday, July 26, 2012

MURTABAK LIPAT UNTUK BERBUKA...

rsz_dsc_5932

Assalammualaikum, apa khabar semua, macam mana puasa hari ke - 6..ok?. Hari ni cuaca agak panas kan. Kena banyak minum air. Tadi masa berbuka pun mat minum 2 mug besar air masak..terus rasa macam nak cenoneng pulak lepas tu. Hari ni mat saja buat murtabak lipat, guna daging ayam kisar. Buat dalam 3 keping macam tu. Untuk kulit dia guna prata instant jenama KAWAN. Kalau yang lain mat tak pasti lah. sebab kalau prata atau roti canai tu tebal, nanti tak boleh nak lipat dua. Kadang2 pening juga nak masak. Bila bulan puasa macam2 makanan muncul di bazar, menggoda pun yea juga. Tapi mat bukan lah kaki bazar, mungkin banyak masa di rumah. Keluarga kami pun boleh dikatakan amat jarang beli makanan di luar, semua makan kat rumah yang dimasak sendiri. Ok lah kita lihat resipi dan kalau ikutkan tak payah letak pun takpe sebab dah banyak kali juga mat buat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping instat prata jenama 'KAWAN'
3 biji telur
1 biji bawang holland, dadu kasar (guna bawang besar pun ok)
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sos cili untuk dicicah

BAHAN INTI :-)
100 gram daging ayam kisar atau cincang halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, didadu kecil
1/2 cawan air
Sedikit kacang pis (jika suka)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam (mat guna "aji-shio")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk rempah kari, kacau dan tuang air. Tambah daging dan kacau rata. Masak dengan api sederhana. Masuk serbuk lada hitam, cili yang didadu, kacang pis dan sedikit gula. Tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering, dan sejukkan.
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Masak roti prata instat seperti arahan pada paket. Ketepikan. Satukan hirisan bawang besar dan daun sup bersama bahan inti. Gaul rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. Sediakan non-stick pan saiz 8 inci. Letak sedikit minyak. Ambil 1 bahagian inti dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau rata dan tuang dalam pan. Masak dengan api sederhana hingga inti 3/4 masak. Letak sekeping roti prata tadi dan tekan2 sedikit.
  3. Biar masak sebentar dan berhati2 terbalikkan. Masak sekejap lagi dalam 30 saat. Keluarkan dari non-stick pan, kemudian lipat dia. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  4. Potong 2 setiap murtabak dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda... Selamat mencuba untuk semua..

8 comments:

Balqis Nazid said...

Murtabak Johor saya masih rasa yang terbaik dan terhebat he..he..

faa.rosli said...

mcm senang je...nak try laa

FatihaNur said...

Salam cik mat...

untung org2 kat umah cik mat kan...sume juadah leh wat sendiri..

huhu

laskar pelangi said...

adesssssss!
terliur. hihihi
^^

Soo Hae Daa said...

Leh try la resepi ni..cm sng je nk bt...heeheh

kakchik@ella said...

hmmm .. tergoda dah ni cik mat.

Aymy With L♥ve said...

Murtabak la pulakkk... Dooogaaaannnn... Cemana saya nak diet ni Cik Mat...

mademoiselle ten said...

Idea ringkas dan sedap... Good one!