Salam Jumaat, hehehe, minta maaf yea pada mereka yang agak termeleleh bila melihat entri minum2. Benda biasa saja cuma nama dia kan main panjang menjela. Tapi sayang lah, laici tak berapa nak nampak, sementara mat ambik gambar, tengok2 laici sudah tenggelam dalam. Tapi nampak gak lah kan sipi2. Yang ni mat guna susu rendah lemak, dan mat letak selow2, jadi nak minum baru kacau kasi dia rata. Biji selasih tu kasi rendam dulu dalam air panas, yang tu kalau anda tak suka, tak perlu letak. Ada orang tak berapa gemar, anak2 pun ada yang tak suka. Kalau nak letak sedikit ais krim soda pun boleh juga. Tapi jangan banyak, kang susu tu jadi yogurt pulak. Sedap dihidangkan sejuk, terutama masa berbuka puasa nanti. Resipi mat agak2 saja, jadi anda boleh adjust mana yang sesuai. Sebelum tulis resipi, mari kita renungkan intipati entri pilihan DTS di sini. Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Sirap gula secukupnya
Bes minuman sirap ros secukupnya
Laici dalam tin, asingkan jus dan buahnya
Biji selasih secukupnya (anggaran 1 camca besar), rendam dalam air panas hingga kembang
Susu sejat secukupnya (mat guna susu rendah lemak)
Air mineral secukupnya (atau air masak)
Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Campurkan bes minuman sirap rose dengan jus laici dari tin tadi, tambah air mineral dan juga air gula secukup rasa (air gula tu masak sendiri 500 gm gula pasir + 2 helai daun pandan + 2 cawan air hingga mendidih dan gula larut. Biar sejuk, tapis dan boleh guna). Kacau rata.
- Tuang air sirap ke dalam gelas pilihan anda, letak 3-4 ketul ais kiub, tuang 3 - 4 camca besar susu sejat, tambah 2 - 3 biji buah laici dan sedikit biji selasih. Hidang dan pastikan anda kacau dulu minuman tadi sebelum diminum..
8 Comments
aduh cikmat,tertarik lah akak tengok sirap tu kebetulan jugak dah buka tin longan semalam boleh jugak kot buat sirap ni kan gantikan dengan laici hehee..
ReplyDeleteSalam che mat...
ReplyDeleteaduihhhh...terlioq tengok...
baru jam 1.52 pm che mat dah tayang gambaq ayaq.
petang nih i pun rasa nak buat sirap selasih minus laici.
adessss!
ReplyDeletedahaga plak bila tengok air tuh...aishhh =D
agagaga.. menggeletaq dah ni..
ReplyDeletelambat lagi nak berbuka..tak tahan tengok air tu..
ReplyDeleteAlahai CMG...memang teruja betul tengok sirap CMG ...menggodas betoi!!!...tp sy masih di ofissss...tak sabaq nak balik nak tiru sirap CMG...
ReplyDeletesedapnya nampak...semlm anak2 minta timun dgn limau, sedap juga ....
ReplyDeleteHai terliur tengok air ni
ReplyDelete