BEN ASHAARI

Thursday, July 26, 2012

MANGO LASSI...OOO...MANGO LASSI

rsz_dsc_5819
Mango Lassi yang sejuk, nyaman lemak dan sungguh sensasi rasanya. Mat tak letak gula sebab buah mangga itu sendiri sudah manis. Mudah sangat nak buat, cuma main masukkan dalam blender, kisar 1 - 2 minit..dahh siap. Sejukkan dalam peti sejuk sementara tunggu waktu berbuka puasa. Mat tambah sedikit buah mangga yang didadu, saja nak bagi sedikit teksture bila kita minum. Ia boleh dikategorikan dalam minuman sehat, sebab menggunakan susu segar dan juga yogurt, tang gula tu kalau anda rasa nak letak, terpulang, tapi pada mat, rasa semula jadi sudah memadai, dah sedap dan nyaman. Amacam teruja tak nak buat?..Boleh cuba untuk berbuka nanti...cara2nya seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji mangga masak ranum saiz sederhana
1 bekas kecil yogurt tanpa perisa (atau boleh guna yang berperisa mangga)
1 cawan susu segar (atau susu rendah lemak)
Gula jika perlu (dalam 1 - 2 camca besar, tapi mat tak letak)
Secubit garam
Sedikit buah mangga yang didadu
Ais kiub secukupnya jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci buang mangga tadi, kupas kulitnya dan ambil isi buah mangga tadi. Masukkan ke dalam alat pengisar atau blender bersama dengan yogurt, susu segar, secubit garam dan gula (jika guna). Kisar hingga halus dan sebati.
  2. Tuang dalam gelas sesuai dan sejukkan. Hidangkan dengan menambah buah mangga yang didadu dan sedikit ais kiub jika suka. Sesuai untuk berbuka puasa...


9 comments:

Aku said...

Terus tekak rasa dahaga bila tengok mango lassi Mat ni!

cuada said...

Wah abg mat, sampai nk melimpah2 dah jus tuh...sesuai sgt dimnum berbuka dgn cuaca panassss skrg

noradzlina.kamdani said...

amboi sdpnye...

susumanis said...

fuhhhh nk kena cari mangga ni

Zara Balqis said...

dah sama la pulak jus kita semalam. kat pakistan musim mangga sekarang ni.

Sunah Sakura said...

pcm....typo.... "buah mangga itu sendiri susah manis" =.=

susahnya manis...erkkkk lajunya pv kat sebelah tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :O

Myra Jay said...

Tak pernah try minum manggo lassi ni, takut masam/tak berapa sedap :)


Tp abg Mat kata sedap, rasa macam nak p cari buah pelam jugak ;D

wanie said...

dugaan betullahh..kena kuatkan iman ni..nti dtg raya umah mat,nak order air Manggo Lassi ni boleh..?
:0

ratna said...

Salam...husband saya sgt suka mango lassi ni. Kalau ikut org sini resepinya guna mango pupl dlm tin. Dia buah mangga yg dah diblend sampai hancur. Dia cecair yg pekat la..pekat mcm sos tomato gitu. Bukak puasa hari2 minum mango lassi. Nyaman kot tekak kalau minum.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.