Salam semua, dengan izin Allah swt tamatlah kita berpuasa untuk hari ke - 5, syukur alhamdulillah. Menu apa masa berbuka tadi? Mat makan ala kadar saja, masak yang mudah2. Sejak semalam teringin nak makan tumis taugeh dan tofu berkicap atau senang cakap taugeh masak kicap. Kata bonda, arwah nenek kami Bidan Peah Bt Syawal (al-fatihah), cukup suka masak masakan ini, masa hayatnya ada dulu. Pada mat ia satu hidangan yang begitu mudah disiapkan, sedap dimakan panas bersama nasi hangat. Mungkin cara orang2 dulu masak berbeza sikit. Mat pula ikut lah citarasa sendiri. Masakan macam ni kalau dapat, makan sekali sahaja, kalau tak habis dan dimakan dalam tempoh waktu lain, ia agak kurang enak. Sesuai juga dimasak untuk bersahur nanti. Resipi seperti dibawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram taugeh, cuci dan toskan
2 keping tauhu, potong 4 setiap satu
1 genggam ikan bilis, cuci, tos dan goreng garing
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tauhu digoreng terendam hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Dalam kuali sama, tinggalkan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga layu. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau rata.
- Tambah tauhu goreng dan kicap manis, gaul rata. Masukkan taugeh, kacau hingga pantas hingga taugeh lembut sedikit. Matikan api dan alih ke dalam pinggan sesuai. Tabur hirisan daun bawang, cili merah yang didadu, bawang goreng dan ikan bilis goreng. Hidangkan segera..
3 Comments
saya sgt menyukainya!
ReplyDeleteleh masak utk bbuka ptg ni:)
ReplyDeletesedap
ReplyDelete