BEN ASHAARI

Sunday, July 29, 2012

JUS JIMI ASMARA..BETUL2 COBAAN..

rsz_dsc_6199
Salam semua, huhu, panasnyaa...letih leerr, hmm takpe kita cuci mata dengan Jus Jimi Asmara. Bulan2 puasa ni, letak air mineral pun nampak sedapp banget. Air ni agak femes sedikit masa dulu dikalangan blogger2 masakan. Resipi mat ambil dari blog Senior Otai Blogger masak2, sapa lagi kalau bukan MamaFami di sini. Kalau nak tanya mat rasa dia macam mana, tunggu lepas bukak puasa nanti ok, yang ni bukan entri tertunda, tapi mat buat awal dan simpan dalam peti sejuk, jadi petang nanti tinggal telan je lah. Ia agak istimewa kerana gabungan antara minuman Sunquick dan juga esen pisang dan sedikit perwarna hijau makanan. Ok, setakat ini dulu yea, kita sambung nanti dengan entri lain petang nanti, insya Allah...dan ini satu lagi idea di sini untuk tekak anda....memang meleleh jugaa....penggsannn >___<

BAHAN-BAHANYA :-)
Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
1 camca teh esen pisang (mat guna 3/4 camca teh)
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya... Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya. Biarkan sejuk sebentar dan boleh nikmatinya....nyamannnnnn!!!!!


7 comments:

Eny Yusnizar said...

makk oiii sedapnyee ni...
kalau oren sunquick tu mmg yg warna oren tu kan.. bukan yg botol sunquick warna hijau tu? sunquick kan banyak perisa hehehe
Nak try nak try... heheh

btw, CMG pernah makan muah chee tak? oleh tengok sini :D
http://trueny.blogspot.com/

mademoiselle ten said...

Oh no the kaler....Lidah jd ijo tak kalau minum

Ummi said...

Memang menggoda.....uiiisshhh

ELLYDA said...

kecur air liur setiap bait perkataan..waaaaa

Zefa NorAsmara said...

Errrr, jimi asmara ek? Sib baik bukan zefa norasmara.. Hahaha..

Asmah Yusof said...

mmg hensem airnya macam jimi asmara...:))

Fiza Ibrahim Apani said...

mintak izin letak resepi jus ni dlm blog fiza ye...dh lama nk buat air ni tapi xpandai..mak fiza suka buat kordial jimi asmara ni.rindu nk minum..hukhuk...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.