IKAN SEMBILANG BERLADO ALA NYONYA..

rsz_dsc_6149
Salam semua, amacam semua. ok ke? Semalam mat sendiri agak "pancit"...tatau lah kenapa sejak pagi rasa macam kerja banyak sangat, sampai Zohor baru siap, lepas tu jam 2 petang kurang lebih macam tu mat dah mula masak, sebab masak awal kerana tak nak stress, suka buat perlahan2. Masak yang mudah2 saja, yang rebus2 dan mat pulak masak ikan sembilang berlado, kali ini disuntik dengan nuansa orang peranakan. Kenapa peranakan?.. Sebab mat gunakan bahan2 tambahan yang biasa orang nyonya guna, macam buah keras, belacan, serai, lengkuas dan daun limau purut. Asam dia mat ganti dengan jus limau kasturi. Selalunya orang guna ikan keli, tapi mat takde dan yang ada ikan sembilang, kira sepupu dia juga lah kan. Satu jenis air tawar dan satu lagi air masin. Namun begitu rasa ikan tadi ada bezanya. Kalau anda nak guna ikan lain juga boleh, atau guna ayam goreng dulu tapi jangan sampai garing, goreng lembap2 sahaja. Ok kita semak resipi. senang saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang saiz sederhana
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
Secubit belacan
2 keping hirisan lengkuas
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang dikerat pada 5 bahagian (atau ikut suka), cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan gaul dengan tepung gandum, perap lagi 10 minit, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Biar sekejap dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan minyak, tumis serai hingga harum, masukkan bahan tumbuk lumat dan daun limau purut, tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan tambah jus limau kasturi. Masak sekejap. Tuang atas ikan, ratakan dan boleh dihidang untuk berbuka puasa....

Post a Comment

2 Comments

  1. sedap nya cik mat..sy pancit hari jumaat haritu,maybe sebab x bangun bersahur kot,hehe..jangan stress stress ye cik mat..:)

    ReplyDelete
  2. menu menarik dan ringkas ni...wajib cuba ni..tq PCM!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.