BEN ASHAARI

Tuesday, July 3, 2012

IKAN BAKAR PORTUGIS...

rsz_dsc_4359
Entri akhir malam ni, kita lihat ikan bakar portugis pulak. Mat guna ikan pari tuka atau ikan pari jenis kecil. Ikan kembong juga sesuai, ikan cencaru ok juga. Mat pernah buat sekali dulu guna ikan cencaru. Apa2 ikan bakar sekali pun, bila kita bakar guna bara api, ia akan memberi rasa dan aroma lebih sedap. Yang ni mat bakar dalam kuali ajaib yang biasa mat guna tu, tapi bukan lah bakar ikan jadi ayam, yelah nama ajaib. Untuk resipi ni mat guna 3 ekor ikan pari tuka, saiz  kurang lebih 7 inci setiap satu. Sedap dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Mat perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum makan. Jomm kita lihat resipi...Entri pilihan DTS di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan pari tuka (bersaiz 7 inci setiap seekor)
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit minyak bawang putih (5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya, layur atas api supaya lembut

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat dua setiap seekor, cuci bersih, buang insangnya dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan dan sementara itu kita buat sambal.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. Ikan pari dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang. Sapu sedikit sambal atasnya, letak sekeping ikan pari, sapu sambal atas ikan pari tadi dan tabur sedikit hirisan bung kantan. Letak lagi sekeping, sapu sambal dan tabur lagi hirisan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama dengan baki ikan, sambal dan bahan2 lain.
  4. Kemudian bakar dalam oven hingga masak, atau atas api bara. Mat guna kuali ajaib seperti ini dan setiap bahagian dimasak selama 10 minit. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.


14 comments:

Sis Lin said...

As salam...

Alaaaaaaaa takde kuali ajaib laaaa, nk kena beli gak ni...tp kuali roti jala pun boleh kannnnnnnnn :)

Mat Gebu said...

@ sis_linn - bolehh...dalam kuali biasa pun boleh...tutup dengan tudung piuk masa bakar..

AdyBudika said...

lepas ni buat ikan bakar siam lak hokeyyy

kkida @ 1001resepi said...

salam Mat,
you've got mail...tq...:)

Scarlett O'Hara said...

dah lama teringin nak try ni Mat.Tq share!

Gadis Kampung said...

mat nak tanya awat nama portugis..ingat guna resepi portugis..

Sari Yusa Ibrahim said...

nampak cantik ikan tu dibakar dengan kuali ajaib tu..

maz said...

sdpnyeee klu kmaz dpt mkn dgn spngan nsi putih tghri ni...hri2 asik mkn lauk beli jeee...huhuuu..klu duk sblah rmah kak ummi kan besttt..

Yatie said...

wow ikan bakar portugis pulak..lapar lerrrr...kalau ikan pari mmng kegemaran anak2 sbb tak bnyk tulang dan senang nak makan..kalau masak ikan ni mesti cepat laku punyerrrr..

nam@along said...

salam..klu kita guna aluminium foil gantikan daun pisang ok ker.??

Shasha Catering said...

Salam Cik Mat.
Terima kasih sudi kongsi resepi, ikan bakar portugis. Nice.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sesuai ni utk bln puasa ...dr beli mhl2 baik blajar buat ikut resepi CM ni

Cheetah said...

jadi lapar plak.. bole try nanti ni.. ;)

AbbotCottage said...

Mana perginya CMG ni ya? dah tiga hari ilang...risau pulak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.