Petang semua, entri kali ni mat letak satu resipi yang pernah mat buat sekali dulu tapi kali ni dah oter sikit. Kalau tengok tajuk, mesti tanyakan kenapa nama dia "apam bakar tok chik?". Sebabnya style apam bakar ni mak sedara mat yang suka buat. Dia memang feberet buat apam tapi dibakar dalam kuali. Kalau kami ke rumah beliau, dan diberi tau kami nak datang, dia akan buat apam bakar. Sedap dimakan bersama sambal tumis, kuah kari, seri kaya atau pun bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam serta gula melaka. Untuk kali ni mat cuba buat dalam acuan kueh boulu lama.
Untuk satu adunan yang mat buat ni akan menghasilkan kurang lebih 21 - 23 biji apam bakar, bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Kalau takde, boleh buat guna non-stick pan bersaiz 4 inci. Satu kelebihan acuan tembaga, selain tebal. Ia juga dapat memerangkap haba lebih lama dan rata, jadi apam akan jadi perang agak sekata. Anda boleh guna apa jua corak acuan yang anda suka. Kalau yang macam mat guna ni kurang lebih macam acuan ceremai tapi bentuk bujur.Buat dia pun tak susah, mat guna dapur gas sahaja, tapi pastikan api kecil. Resipi seperti dibawah....Terima kasih atas masa anda singgah ke DTS...entri pilihan di sini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 camca teh instant yeast*
1/2 camca teh gula halus*
1 camca besar tepung gandum*
1/4 cawan air suam*(*disatukan, kacau rata dan rehatkan 10 minit hingga berbuih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam
1 1/3 cawan air
Kuah kari, sambal tumis, seri kaya sebagai pencicih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula dan garam. Kacau rata. Masukkan bancuhan ragi tadi, kacau rata. Tuang air dan kacau hingga licin dan tidak berbintil2. Tutup permukaan mangkuk tadi dengan plastik atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih dan perap 45 minit atau 1 jam hingga adunan naik.
- Panaskan acuan atas dapur, guna api paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak makan (mat guna minyak kelapa) rata2. Kacau bancuhan apam tadi dan tuang dalam bekas bermuncung (mat guna jug penyukat). Tuang 3/4 penuh seperti gambar di atas.
- Bila permukaan apam nampak berbuih, tutup permukaan acuan dengan tudung periuk, kalau dapat tudung periuk kaca yang tahan panas. Biar permukaan apam masak hingga menjadi pucat dan kering.
- Ambil pencungkil gigi yang baru, kemudian longgarkan apam dari acuan tadi, perhatikan bawahnya, jika warna menjadi perang keemasan, boleh diangkat. Lakukan kaedah sama sebelum melakukan proses seterusnya dan pastikan lubang acuan disapu sedikit minyak.
- Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau apa yang anda rasa sesuai. Selamat mencuba!!..
11 Comments
ermmm sangat senang ...
ReplyDeletealamakkkk sedapnyer! terliur dibuat eee... den kono torai nih!
ReplyDeleteOoooo ..... baru ku tahu cara buat atas dapur. Thanks Che Mat ;)
ReplyDeleteTapi loyang bahulu tuuu belom beli. Nanti boleh survey kat kedai kek...
sedapnya..nampak mudah nak buat. TQ cm share resepi yang senang dan pastinya sedap...rasa² anak saya mesti suka ni...
ReplyDeletesedapnyeee..huhuuu
ReplyDeletesalam mat... versi apam tembam2 nih aku suka... nak buat! eh lupa.. mana aku letak acuan bolu aku tuh yer.. nanti aku carik dulu.. takut dah berhantu.. hahahahaha
ReplyDeletemcm sedap je..
ReplyDeletewalaupun CMG suka ckp ada masa resepi ulang2 tayang tp byk jugak resepi yg lain dr yg lain mcm entri kali ni...
ReplyDeletesalam sukses gan, bagi2 motivasi .,
ReplyDeleteHargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlahai sedapnya...Terima kasih CM bg resepi...sye suka apam ni iccah dgn kopi O..selalu beli jer sbb tak tau buat...InshaAllah boleh dibuat sendiri nanti
ReplyDelete