BEN ASHAARI

Tuesday, July 10, 2012

AYAM CENCALOK RESIPI PERANAKAN..

rsz_dsc_4801
Tiba2 pagi tadi mat up kat wall Fb kata mood pranakan jadi nak masak ayam cencalok. Serius mana yang tak makan cencalok pun akan jadi makan bila dimasak dengan ayam. Ini typical orang peranakan Nyonya nya masakan. Sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Ada yang kata, masin  lahh kalau dah macam tu. Cencalok tu kasi toskan dulu dalam tapis, kasi tekan2 sikit. Bila masak, garam kena jaga atau tak payah letak. Satu lagi kena kasi balance rasa masam, manis dan masin. Kalau suka pedas, boleh letak cili padi. Masakan ringkas ini selain sedap dimakan bersama nasi putih, ia juga sesuai dimakan bersama bubur nasi, kerap juga mat masak resipi ayan cencalok. Resipi asal dari Chef Florence Tan, seorang Chef  Nyonya yang disegani..berikutnya kita lihat resipi...eh kasi pantun satu rangkap dulu ok... ^___*....pstt minat shopping, ini untuk anda!

NYONYA MUDA JALAN BERLENGGANG,
PAKAI KEBAYA NAMPAK BERSERI,
DI DALAM BOTOL BERISI UDANG,
ITULAH CENCALOK NAMA DI BERI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!

9 comments:

Sariyusa said...

frustnya teringat botol cencaluk (ada isi yg penuh) pecah, kalau tak boleh try rsepi ni.. kena beli cencaluk dulu laaa.

wan G Silk said...

specialnya resepi hari ni..siap ada pantun gitu...;-)

MamaFaMi said...

Sikit baek gua tak makan cincalok, kalau tak aa... malam ni juga gua pi bawah masak... eee tak kuasaaaa gua.. baik gua membutaaa... hehehe

KAHINATA said...

slm. encik mat..

tak teringin ke nak buat segmen masak2 ngan followers u ni ..

masak2 resepi u. then update ..

~ waaa.. mesti best ! ^^

Nina Mirza said...

Che Mat...... !!!!!!

Like like like ~~~
masuk list ehh..nak kena pi beli cencalok dulu ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tu dia...resepi peranakan dah kluar. menariknya...

norzila said...

kelas cik mat...lehla zila try utk husband t....hehehe

Rozuan Ismail said...

sedapnya cik mat.huhu

aaa said...

Ok.esok confirm cuba.cencalok dah ada.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.