BEN ASHAARI

Monday, July 23, 2012

AIR NENAS PEACH.....COBAAANNNNNN......

rsz_dsc_5524
Meleleh tak nengok?...Erkk, bukan cobaaan, tapi godaan nih. Semalam mat buat air nenas peach. Ia satu resipi yang tidak disengajakan. Sebab ada nenas dan baki buah peach dalam tin. Dari semak jee, baik kita jadikan sesuatu. Benda2 macam ni kalau bulan tak puasa, ia hanya "biasa2 jeeer", cuma bulan puasa ia menjadi satu dugaan yang hebat. Sebenarnya mat pun kalau boleh nak elakkan pembaziran berlaku, tu pasal, awal2 dah bagi tau kat abah atau sapa2 yang keluar, jangan beli kuih2 sangat, kalau nak pun beli campur2..yelah kat belah Johor ni kuih ada yang 4 seringgit dan jadi boleh lah mix n match, yea dak. Kadang2 bila beli,tak habis makan, kuih pun jadi rupa tak senonoh. Mat pun masak ikut apa yang orang nak, selalunya mereka nak makan nasi, jadi mat masak nasi dan 1 - 2 - 3 jenis lauk...erkk ok lahh 3 jenis tu, kira nampak molek lah bila letak di meja, takde lah terkontang kanteng sangat. Selalunya bulan Ramadan ni lauk2 yang agak pedas kurang sesuai, kalau sup2 rasa mat lagi elok. Apa2pun sebelum memasak, kita tanya lah mereka2 yang nak makan nanti, menu apa yang mereka nak...Mari mat share resipi mudah sangat ni...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi nenas madu, didadu (jangan kecil sangat, dadu pada saiz sederhana)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
Beberapa titik pewarna kuning telur
1 tin kecil buah peach, tos dan asingkan sirapnya
Air secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nenas, gula, daun pandan dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan. Tambah pewarna kuning telur, kacau rata dan masak sekejap lagi. Matikan api. Biar sejuk.
  2. Peach dalam tin didadu sama saiz dengan nenas. Masukkan ke dalam jug. Tuang no. 1 ke dalam juga, masukkan juga sirap dalam tin buah peach tadi, kacau rata dan tuang air secukupnya. Masukkan ais kiub dan biar sejuk. Hidangkan untuk berbuka puasa...Daun pandan kasi angkat keluar ok...Selamat mencuba!.


9 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

gabungan hebat dua buah ni. bau dia pasti aummm...

kkida @ 1001resepi said...

salam,
tengahari camni tengok air nenas mat ni menggugat iman...hehe...:)

Salmi Khairil said...

memang betul2 cobaan nak pulak ngan ais tu..aduhh

kakchik@ella said...

hmmm .. ni betul2 menyamankan tekak ni cik mat. aman je kalo minum, kannnn. Hehehe.

Nurul Akmal said...

Waaaa terliur sungguh tgk nih... gugat iman betul..

Sunah Sakura said...

emmm... *tarik muka, buat2 tak tertarik langsung*

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tan Sri baik ko ke dapur hakak sekarang jugak hehehe... saje je kan CMG nak bagi kecurr... perghhhhh

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat...alaaaa...buka aje blog Cik mat terpandang air ni..uhuk..dah lah skrg jam 4 ptg...godaan betul....huhu ...
sabar...sabar...Insyaallah nanti nak cuba buat juga lah ...

kak Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/
http://www.buttonplanetent.blogspot.com

Azrey Rozie Eiman said...

Adoi... sedap tuuu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.