BEN ASHAARI

Wednesday, June 13, 2012

SOTONG GORENG KUNYIT....GRR..GATAL!

rsz_dsc_2384
Ni satu lagi mat masak siang tadi. Yang simple juga. Tapi tu lah mat tak boleh makan, gatal kang susah. Jadi dari gatal bior lah aku tak makan. Ni masakkan untuk bak, cuma goreng kunyit saja. Bak tak berapa suka kalau sotong goreng kunyit yang terlebih kunyit. Jadi mat letak ala kadar sajalah. Lepas tu ada baki sayur2ran, mat letak juga. Perasan tak kadang2 sotong tu berair sikit kan masa kita goreng kunyit tu, jadi mat test tadi gaul sedikit dengan tepung jagung, tak banyak dalam camca teh. Selalunya sotong goreng kunyit ianya agak kering. Dan tak boleh masak lama sangat, nanti sotong jadi liat macam getah paip. Hmm, tak berapa bess lah nak cerita pasal sotong, mat bukan boleh makan pungg (jeleesss okeh..huhu)...dah lah kita semak resipi sudah lah kan... Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, kerat, cuci bersih dan toskan
1 camca besar serbuk kunyit
1 camca teh tepung jagung
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai kacang sweet pea (atau kacang panjang, kacang buncis, pun boleh)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong yang telah ditos kering, digaul dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan sedikit garam. Biar sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan sotong tadi dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar dan kacang sweet pea. Gaul rata dan tambah garam jika perlu dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cili yang didadu halus sebelum dihidangkan..

6 comments:

faa.rosli said...

bestnyer menyotong...

JIJI YU said...

hahaa..padan muka papa...

Mat Gebu said...

@ faa.rosli- bess kan, tapi yg memasak je rasa tak bess...

@ Jiji - Haipppp!!...baru nak bagi DSLR, kata padan muka, kensel dah..

♥MAMASYAZA♥ said...

sotong goreng kunyit camni, feveret anak2 saya. hari2 pun takpe kalo masak menu ni

arina abdullah said...

mat goreng sotong pon nmpk sodap..:)

makmahrock said...

Memang sotong peberet kita! Hari ni mesti cuba resepi baru ni! :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.