AYAM MASAK KICAP LADA HITAM..

rsz_dsc_2226
Terlupa ada satu entri tertinggal, patutnya semalam dah keluar di DTS. Tapi lambat keluarkan pun takpe, resipi ayam masak kicap lada hitam, benda mudah. Tapi saja lah sebagai pemenuh. Kan mat selalu masukkan entri apa saja yang mat masak tak kesah lah samada yang mudah atau yang sedikit susah. Kadang2 ada yang pandang remeh, contohnya, elehh setakat telur masak kicap punn nak masukkan dalam entri, tapi tau kah anda, berapa ramai yang tak tau macam mana nak buat telur masak kicap...Bukan ambik telur, lepas tu curah kicap ok. Satu lagi masak2 sayur, pun ada juga yang pandang remeh, tapi bila kita masukan satu resipi sayuran, secara amnya kita juga belajar jenis2 sayuran. Dulu di FB ada yang inbox mat tanya, CM, nak masak ni susah ke? Pekara pertama yang anda perlu tau kalau nak masak, ialah kenal pasti bahan2 mentah yang akan kita gunakan, maksud mat apa barang2 tu, dan macam mana rupa parasnya. Lepas tu baru lah boleh ON....amacam senang kann. Eh, nak tulis entri pilihan DTS lah, lama gak tak buat macam tu dan kali ni kita lihat entri seram di sini.....huhu takut, mat tengok pun tak habis, sebab ada sora ngilai2..erkk!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
2 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu dan rendam
1 biji bawang holland, hiris berangkai
4 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris dan ketuk sedikit
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
2 camca besar sos lada hitam
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
Sedikit air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata kemudian goreng hingga keperangan tapi jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Goreng pula kentang hingga kekuningan, guna api sederhana. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih, tumis hingga bawang layu. Masukkan sos lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sedikit air (anggaran 1 cawan). Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ayam, gaul dan masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan bawang hiris, kentang goreng, cili merah dan hijau. Kacau dan rasa, jika perlu boleh tambah sedikit kicap lagi dan jika suka berkuah boleh tambah air. Kemudian boleh matikan api, angkat dan  tabur dengan hirisan daun bawang, hidangkan....

Post a Comment

11 Comments

  1. nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! :p

    ReplyDelete
  2. @ yuyu - Oooooooooooookkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...haha

    ReplyDelete
  3. walau pun rupamu gelap tapi saya sukaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  4. salam cm,siang2 dgr lagu tu x seram..cer dengar mlm2..kuikui...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cik mat...sedapnya lauk tu...:)

    ReplyDelete
  6. Adoyyy pokcik mat. Menceceh airlioq cheqqq

    ReplyDelete
  7. dapnyerrrr...nak balik umah!!nak msak ni!!

    ReplyDelete
  8. Macam mana nk wat sos lada hitam tu? Beli macam xsedap je...

    ReplyDelete
  9. Petang2 mcm ni bile tgk makanan2 ni bertambah2 lapar lak.. alahai~~.. Nak masak tgh kije lak.. (alamak kantoi main internet ngah kije)..
    Ape pon sy suke sumer post menu dlm blog nie... like..like...likee....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.