BEN ASHAARI

Monday, June 18, 2012

PAVLOVA...OH...PAVLOVA....

rsz_dsc_2548
Pavlova...satu jenis manisan yang "agak" manis, kulitnya rapuh tapi dalam nya seakan2 marshmallow yang sedikit kenyal namun lembut, dimakan dengan melapiskan whipping cream dan ditaburi buah2an segar (kalau dapat biar yang masam2, jadi seimbang). Nama "Pavlova itu sendiri diambil dari seorang penari Ballet terkenal dari Russia bernama Anna Pavlova yang punya seni gerak tari yang ringan dan beralun sempena beliau melawat New Zealand pada tahun 1926 dan 1929. Tapi Australia juga mengatakan Pavlova berasal dari negara mereka dan dikatakan telah direka oleh seorang chef di Perth sekitar tahun 1935. Walau apa spekulasi sekali pun, pavlova telah menjadi salah satu makanan pencuci mulut yang terkenal. Cuma ia amat2 tidak sesuai untuk mereka yang punya kadar gula agak tinggi dalam darah, sebab manis banget!!. Mat buat ni untuk hidangan jamuan tempoh hari. Plan asal nak buat 2 tingkat, tapi tak jadi...Mat buat 2 biji pavlova, resipi agak mudah. Dan mat buat awal sehari, kemudian dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Sebaik2nya hidangkan sejurus anda meletakkan whipping cream dan buah2 atasnya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

35 comments:

Mooniqueen said...

Namanya memang sedap n tempting je... Tapi bila cakap macam marshmallow tu, n manis pulak tu.. Mcm tak boleh masuk pulak... Tapi teringin jugak nak rasa...

ninazsyafinaz said...

mmg sedap pavlova nih..betul kata abg mat..kena letak buah-buahan yg rasa masam2 bagi balance rasa manis tuh

Emma said...

First time saya makan di Restoran Serai Subang Empire. Memang sedap, bila dah campur banyak buah macam tu dah tak terasa manis pun.Nyaman!

Cik Pulau said...

sedapnya pcm..
rasa cam nak bukak puasa sekarang jerkkk.. huuu~

mrs kayrul said...

sedapnya...tebal betul cik mat punya pavlova

FnF Simple Life said...

Asslm...looks so yummy... oh begitu sejarah pavlova rupanya.. dah lama nak buat tak terbuat2 jugak. will bake it one day

Rozuan Ismail said...

sedapnya pavlova yang PCM wat. rasa nak terjah je umah PCM skang ni

elle labelle said...

Cik Mat, mmg manisss sgt.. Memang berpatutan sangat Cik Mat guna 2 sudu je. Se lagi, lebih senang kalau buat saiz comel2 sebab blh terus ngap! kalau potong sayang sbb terburai hiasan topping tuu!!

puteri rimba said...

yup first time makan kat umah cik mat sabtu lepas...sedap n manis sikit tapi seimbang ngan rasa buah...dapat gak rasa pavlova cik mat..heeee

Mat Gebu said...

@ elle - xceli 1 cawan tu, saya luakkan 2 camca teh...kalau kurang gula nanti tak menjadi pulak...tu pasal saya serammm dgn pavlova...

Mrs Lurve said...

punye tingin nak makan ri2, tempahlah satu, dpt pavlova two layer..tp betapa mengahnya nak bg habis..sbb manis sgt..

Mat Gebu said...

@ puteri rimba - terima kasih sudi dtg rumah pcm yea... ^__*

Yuyu Zulaikha said...

T_T dah la puasa hari ni.. tayang yang sedap sedap pulak~ fengsssannnnnn~

fAtrinA said...

Fuhhhh batal pose tengok pavlova cmg nih hehe

Nina Mirza said...

Aduhh ..... FENGSAN !!!
Cantik & sedap nyer kombinasi buah-2an kat atas tuuu
hehee..

i'mNOTmasterchef said...

memang tergodalah!!!
OHEMJIII!
:D

Ummiakid @ lily said...

memang tergoda dan jeles sangat². Malu nak cakap ni....x pernah makan....nak buat pun mcm takut² jer...adoiii...mengoda.. mengoda..

Scarlett O'Hara said...

Kalau kurangkan lagi gula tu, boleh tak Mat?Ke tak jadi nanti?

adriea said...

a'a la abg mat.. kalo kurangkan gula tu tak menjadi ke? uhuhu

Fazlinil Irma said...

cik mat.. kalau buat lg nti, cuba cari buah markisa. sure x komplen dah manis. terkelip2 mata sbb masam. :)

Alieza Dayasari said...

dah cuba dah di alexis.. nak try di delicous plak...

Adnazthie said...

ermmm..sedapnyer

Iffah Afeefah said...

ble nk try wat ni

grrr

Yatie said...

pertama kali makan pavlova ni kat rumah Che Mat..mmng sedap betullll...tu yg buat teringat2 jek..he3..masa balik dapat tapuuuuu, lagilah bestttttt...

FARAH deeb said...

Lame dh tingin nak rase tp takut manis sangat! Caner niiii hahaha... (cani nye org pun ade)
My latest Entry :)
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

MyraMearaAzhar said...

memang kena guna cuka ke cik mat ?

Iam Yanty said...

Frust nya tak dapt makan ni masa geng WhatsApp Putrajy pergi ke teratak Mat Gebu ! Nak2!!!

Myra Jay said...

Resepi dah ambik, cuma nak membuatnya tak tau bila ;)

Ucu Faridah said...

Terima Kasih Resepi Pavlova
Cek Mat DTS

http://ucubakery.blogspot.com/2012/08/sayang-telur-putih-tu.html

Aida azni abd razak said...

Kite dah buat tp kite kurangkan gula (1/2cawan )je OK lah jadi n xde la manis bebeno... heheh

mya laluna said...

abg mat, nak tanya ckit. kenapa saya buat kulitnya x rangup? tapi rasanya ok la...

liyanadiabu said...

Klau resepi xbuh cuka blh x?sbb org kt cuka bg rangup.tp klau xbuh jd rangup gk x?

ayu salina said...

Oven yg digunakan mesti apinya atas bawah ke?

ayu salina said...

Se lagi.......
Selain tepung jagung bleh guna baking powder atau krim of tartar dok?

hainom OKje said...

Tgh duk try ni Mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.