Selamat tengah hari...malas lah nak masak ni hari, jadi masak yang mudah dan cepat. Mat ada simpan satu resipi yang mat salin lama juga dari satu blog di sini. Hari ni tergerak nak buat. Ianya tidak rumit dan ringkas. Mat masak juga satu resipi dari blog yang sama, Ayam Kurkar...haha aneh kan nama dia tapi sedapp. Nasi macam ni pada mat tak perlulah kita hidangkan dengan pelbagai jenis lauk, tapi kalau ada dalca pun orait juga. Yang paling utama, mesti ada rojak mentah sebagai pengimbang rasa. Nasi ni pun tak menggunakan susu, tapi guna air rebusan ayam, mat ganti dengan kiub ayam saja. Untuk entri kali ni mat letak resipi nasi dulu yea...Ayam Kurkar tu nanti2 mat letak...Ok kita sambung cerita balik....
Hidangan sampingan agak ringkas, cuma masak ayam kurkar seperti anda nampak tu dan juga rojak mentah. Ayam kurkar tu juga dari blogger masakan "Ibundo". Ia agak unik dan mudah dimasak. Menggunakan rempah kurma dan rempah kari, tomato puree dan sedikit cili kisar serta santan. Serai juga dimasukkan. Masak hingga pekat. Rojak mentah tu takde nenas, jadi mat ganti dengan buah peach dalam tin, baki mat buat pavlova tu hari, hmm boleh lah tapi agak kurang sedikit, kalau dapat nenas baru lah mengancam. Lepas tu ada sedikit kobis, masukkan juga. Cuka makan, garam dan gula bahan utama sebagai cetusan rasa untuk semua jenis rojak mentah atau pencok. Anda pandai2 lah imbangkan rasa. Sedap dimakan selepas 30 minit setelah disimpan dalam peti sejuk..
Ok ini pulak rupa nasi tu, mat guna beras basmathi, seperti biasa untuk masak2 nasi jenis ni atau nasi lemak, beras basmathi menjadi pilihan utama, rendam dalam 25 - 30 minit. Sukatan air 1 : 1.5 atau satu bahagian beras + satu setengah bahagian cecair. Tapi bergantung pada jenis beras basmathi. Yang mat guna ni jenama Moghul. Ok tu saja...kita semak resipi pulak...Jemput santap semua...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 biji bawang besar Holland, didadu
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
2 camca besar rempah kurma, bancuh dengan air, kacau hingga menjadi pes
2 camca besar mentega
6 cawan air rebusan ayam (mat guna 6 cawan air biasa + 1 kiub ayam)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul
Kismis untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan mentega dalam kuali tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum, masukkan rempah kurma dan masak sekejap. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng 1 minit.
- Alih kan beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam, tambah garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis. Biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis periuk nasi tadi. Biar sekejap. Cedok nasi, tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh hidangkan.
6 Comments
amboiii sedapnya...kalau dekat dah lama offer diri nak datang ...hehe boleh jugak bawa kek ganache untuk adik mat gebu...ahaksss
ReplyDeleteberas basmati mmg terbaikla utk nasi special cmni
ReplyDeleteini resepi malas ye pcm ye
sedapnye...macam pergi kenduri lah menu CM hari ni
ReplyDeleteCMG x de nenas? A.Ben kan ada nenas....sebijik ko! minta kt dia sket..hehehe.....mknn nampak menyelerakan....
ReplyDeleteAssalamualaikum cmg...
ReplyDeleteAdeh... Terliur tgk menu kat atas tu... Semuanya nampak sedap
ah tidak..mat gebu buat saya lapar..takper2..one day saya nak pi terjah juga merasa masakan mat gebu..hik3
ReplyDelete