BEN ASHAARI

Wednesday, June 27, 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI TUKA...

rsz_dsc_3741
Siapa penggemar asam pedas kat sini?..Erkk, mat gebu sorang je yang angkat kening. Ni saja yang mat masak, selain brussels sprout tadi tu. Tatau lah pesal sejak2 ni, napsu memasak macam tinggal hujung2 saja, masak ala kadar pun kadang2 rasa macam lemau. Tapi semangat tetap ada. Yang ni mat guna ikan pari kecil atau tuka. Saiz dia sebesar piring kueh bersaiz 8 inci. Mat masak dalam 4 ekor. Kali ni mat letak sawi jeruk...hadoi kalau sebut sawi jeruk, aku mesti ingat kat sorang blogger ni lah....memang pengsan kes sawi jeruk ni tak gitu Sis_Linn. Tapi itu pilihan anda, boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato. Bunga kantan dan daun kesom sebagai penambah aroma. Untuk asam pedas ini mat guna serbuk kunyit. Ada yang tanya kat inbox, kalau tak letak belacan boleh tak sebab alergi dengan belacan. Boleh saja tapi rasa ada beza sikit, tapi anda boleh ganti dengan kiub pati ikan bilis. Resipi seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan pari secukupnya (mat guna 4 ekor ikan pari tuka bersaiz 8 inci setiap satu)
Sawi jeruk secukupnya (boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato)
3/4 cawan jus asam jawa (kalau guna pes asam jawa, kurang lebih 3/4 camca besar)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 setiap seekor, bersihkan, dan buang bahagian insangnya. Perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dibasuh, potong dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masuk bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan bila mendidih, masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan daun kesom. Boleh masukkan ikan dan tuang jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan tambah serbuk lada hitam (jika suka). Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


12 comments:

Siti Nadira said...

Salam che mat....ingat kan salah eja td...cam biase....masakan che mat sentiasa mengancam

Mat Gebu said...

@ siti nadira - terima kasih, cuma masakan biasa2 saja...

Nurul Akmal said...

nampak sangat sedap dan menyelerakan.. ;)

Kalamhati said...

ikan pari tuka ni jenis yang kecik sikit dari pari biasa tu kan pcm?

Azrey Rozie Eiman said...

peminat tegar asam pedas... Hari2 makan pun x jemu :)

sury_masury said...

salam cm...wahhh..terrliur tgok tuka asam pedas ni...lma x masak tuka ni..:-)

Encik Zaharin said...

Ikan tuka ni kalau tak dibasuh bersih2 baunya agak hanyir banding ikan pari yg besar tu..tapi di Bazzar Ramadhan akn dtg "laku" sungguh Tuka Bakar Bersambal...

Sari Yusa Ibrahim said...

pertama kali tahu pari jenis tuka ni... info yg berguna.. sy tahu pari jer

ibundo said...

bundo penggemar tegar asam pedas. Banyak variasi asam pedas ni.

Asmara said...

lama tak mkn asam pedas, ikan kat sini tak banyak yg sesuai buat asam pedas. bahan pun limited. rindu nk mkn asam pedas org johor! ;D

m.u.l.a.n said...

nak sepiring ya..!!

Zeta Zainal said...

Salam che mat...
Apa fungsi buah keras yer.sy biasa juge masak asam pedas...tp x pnh try letak buah keras.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.