BRUSSELS SPROUT WIF HONEY CHICKEN..

rsz_dsc_3699
Salam petang semua, dah makan?...Mat hari ni lewat sikit makan, masa tulis entri ni masih belum santap sebab tadi sedara kami ada bagi mi sup, jadi dah makan dan masih penuh lagi. Tadi mat masak Brussels sprout, dan mat pernah masak sekali dulu. Brussels sprout ni rupa dia macam kobis bantut, kecil2 dan comel je. Harga agak mahal, kalau di Tesco 1 kotak seberat 250 gm kurang lebih RM 11+, tapi kan yang ni mat beli stok akhir, dakam RM 3 sekotak. Bila stok akhir tu bukan bermakna dah rosak tapi kemungkinan telah sampai tempoh yang sepatutnya, jadi Tesco jual dengan harga yang murah. Brussels sprout ni ada rasa sedikit pahit, maka seperti biasa mat akan celur sekejap dalam air mendidih bergaram selama seminit. Toskan dan boleh dimasak. Tapi sebelum tu anda kena buat hirisan bersilang pada pangkalnya seperti di sini. Mat tambah juga hirisan daging ayam. Ok kita lihat resipi mudah ini...Dan sebelum itu kita lihat entri pilihan DTS di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kotak brussel sprout (1 kotak = 250 gram)
100 gram daging ayam, hiris memanjang
1 camca besar chili flakes
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 camca besar madu
1 camca besar cincangan daun parsley
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit parsley untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan brussels sprout, buang kelopak2 daunnya yang kekuningan. Buat hirisan bersilang pada bahagian bawah brussels sprout. Cuci dan toskan. Kemudian celur selama 1 minit dalam air panas mendidih bergaram, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis bawang putih, bawang holland dan chili flakes hingga harum, masukkan ayam dan masak hingga ayam berubah warna, guna api sederhana. Tambah madu dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Bila pekat, masukkan brussles sprout tadi gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan cincangan parsley dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan parsley sebelum dihidangkan.

Post a Comment

11 Comments

  1. oo br tau.ingatkan baby kobis...x pernah makan lg sayur ni CM

    ReplyDelete
  2. laaaaaa, sedap sungguh la Che Mat....... Nk kena cuba buat ni

    ReplyDelete
  3. Looks delicious!
    fell free to visit me at
    http://www.facebook.com/rossatkitchen

    thank u =)

    ReplyDelete
  4. suka tgk resepi dari mat ni....tabik kat mat....hehehehe

    ReplyDelete
  5. saya dekat sini selalu makan kobis kecik ni, sedap, crunchy kalo goreng,

    ReplyDelete
  6. sedap ke che mat sayur tu? sy ni masak mmg hari2...tp tak pernah nak cuba lebih dr biasa...biasa nyer ikut sedap tekak sndiri jek. pendek kata, semua ala2 kampung je laa. pastu takde laa cik kak ni nak masukkan gambar...dh minta kt cik abe belikan kamera...tp harammmmmm....tak dpt pun lg.

    p/s: teringin nak jd blogger masak cam che mat gebu...dan tingin nak kenal ke sedenak.....sgt terpanggil2...taw :D

    ReplyDelete
  7. bantut pun bantut la..bila dah masuk kuali CMG kompom tak terbantut langsung selera haha

    ReplyDelete
  8. waduhhhhhhhhhh terus lapor dibuatnyaaa hehehe

    ReplyDelete
  9. comel sayur tu..betul ..mcm kobis bantut..rasanya musti best

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.