BEN ASHAARI

Thursday, May 10, 2012

TUMIS UDANG KUCAI CENCALOK..

rsz_dsc_7529
Assalammualaikum selamat tengah hari semua, mat hari ni ok ok saja, biasa. Takde apa nak share sangat, hari ni pun mat masak yang mudah2 saja. Tadi masak asam pedas ikan kembong, lepas tu ada baki udang mat tumis dengan kucai dan letak cencalok. Tapi cencalok tu kita tos dulu dalam tapis. Masak ni paling cepat, siap2 dulu semua bahan2, dan bila nak masak tinggal campak2 masuk dalam kuali. Mat guna juga sediki sos ikan, walaupun ada cencalok, tapi sebab kita dah toskan airnya, jadi cencalok tadi rasa kurang masin sedikit, tapi kena lah jaga juga ok, jangan main letak saja sos ikan tu, ada kang masin berdengung, mat guna sos ikan cap pisau, bukan nak promosi tapi ada yang tanya mat guna jenama apa. Resipi ringkas takde apa sangat nak cerita. Lama juga kan kita tak lihat mana2 entri yang bess dari blog rakan2 yang lain. Kali ni kita lihat entri pilihan DTS di sini.... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang
1 cekak kucai, kerat pendek
4 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cencalok, toskan
Sedikit sos ikan
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan layu. Masukkan cencalok, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan kucai, kacau dan tambah sedikit sos ikan (jangan banyak2, sebab cencalok dah masin), juga sedikit gula, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas....hmmmm...

7 comments:

Sis Lin said...

Perghhhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaa...
Mesti bau 1 rumah waktu menumis ni kannnn....klu yg kalah tu, mau uwek uwek je bau cencalok tu kannnn..

Aku sukeeeeeee, Rhea pun sukeeeee hahahahaha

Mat Gebu said...

@ sis_linn - teringat ayam cencalok yang dulu tu....hahaha...adehh

ogyep yummy mellow said...

Tumis udang kucai tu, biasa dengar & buat... bab + cencalok tu, baru buat ogyep... mesti sedapppp gilasssss kan...

Cik Puan Izan❤ said...

wahhh...resepi baru ni...

Saya Disini said...

curi sikit

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh siap ada cencalok lg

Rozuan Ismail said...

simple tapi sedap. berkhasiat sgt

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.