TUMIS TAUGEH UDANG KERING...

rsz_dsc_5688
Tadi check2 folder, sekali nampak ada satu menu ringkas, terlupa nak up kat entri blog, tapi bukan lah bess sangat, yang biasa2 saja. Cuma mat suka masak2 yang macam ni, ringkas dan cepat. Bagi yang tak gemar taugeh, boleh ganti dengan sayuran lain. Bila ada baki sayur2ran yang pelbagai, ada kucai, taugeh dan tauhu, dan semua itu boleh kita gandingkan menjadi satu menu menarik. Budak2 mat tak pastilah mereka suka ke tak, sebab anda pun sedia maklum, budak2 payah nak makan sayur. Tapi ada jugak orang tua yang mat nampak tak suka sayur...huhu, pesal eks...Rokok boleh hisap, tapi sayur tak nak. Baru2 ni kecoh kata taugeh disiram dengan urine, pada mat lah kan isu macam ini saja diperbesar2kan, di Malaysia kan ramai pengusaha2 taugeh,baik orang cina atau melayu, yang mat tau buat taugeh ini ada ubat dia, dulu abang mat yang sulung kerja di MARDI sebelum dia bertukar ke Pejabat Daerah Johor Baharu, jadi dia ada bawak balik, ubat tu memang berbau seperti taugeh. Satu lagi pak sedara cina mat bagi tau, taugeh perlu air yang kandungan mineralnya agak tinggi, seperti air perigi bagi menghasilkan taugeh bermutu. Pasal kes yang diwar2 kan itu, wallah hualam, apa2 sekali pun terpulang pada anda, samada nak atau tidak. Ok, kali ni mat nak VOTE geng masak2 pulak, yang ini..kalau anda sudi boleh vote sama, terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram taugeh,
1 cekak kucai
1 keping tauhu
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Taugeh dibuang ekor, cuci dan tos, kucai dikerat pendek, tauhu didadu kecil goreng dan tos.  Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga harum. Masukkan sos tiram dan juga cili merah/cili hijau. Kacau rata dan tumis hingga layu, guna api sederhana.
  3. Masukkan tauhu, kacau dan tambah taugeh serta kucai, gaul rata, masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

10 Comments

  1. memang menu utk esok nih. :)

    ReplyDelete
  2. Huh..cikai pebendenyaa, nak masak nak goreng tu mau kuar peluh jgk tu tau!!!

    Aku pengemar taugeh!

    ReplyDelete
  3. yg ni nampak berkhasiat sgt =)

    ReplyDelete
  4. Assalam Dik Mat..Akak c&p ya...Akak suka menu sempoi gini ha...except that Akak tak makan kucai..tak tahu nape..Akak tak suka bau dia! TQ ya Dik Mat...for sharing the recipe!Mohon halal ya!

    ReplyDelete
  5. Sedap nampaknya tu. Sayur taugeh tu macam ranggup aje. Simple dan nampak sedap

    ReplyDelete
  6. datang singgah semula.
    air tangan cik mat memang selalu menyelerakan. thumbs up

    ReplyDelete
  7. Salam kenal Abang Mat,
    Menu sederhana tapi cocok buat yang sedang berdiet. Dijamin kenyang.. TFS

    ReplyDelete
  8. CMG resepi ni mmg saya suka, nnti saya cuba ye,..simple & sempoi bebenor

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.