BEN ASHAARI

Thursday, May 31, 2012

BUBUR KACANG DURIAN....YANG BIASA2..

rsz_dsc_1063
Kadang2 apa yang kita masak, itu lah yang kita masukkan ke blog sebagai entri. Orang jemu atau tidak, itu hak mereka, pada mat, tiada paksaan. Macam entri bubur kacang durian ni, ia satu masakan yang semua lapisan masyarakat tau membuatnya. Ini mat buat atas permintaan, semalam masa keluar, balik tu singgah di pasar Kiptmart di Johor. Ada jual durian, durian kampung katanya. Jadi mat beli lah dalam 3 biji = RM 10. Tapi kan berbaloi lah isi durian elok, manis, harum dan tebal isinya, kira boleh lah kalau nak buat bubur atau tempoyak. Bubur kacang macam ni kalau mat suka makan dengan biskut osborne, tapi ada juga yang suka cicah roti. Yang tu terpulang. Selalunya kalau hidang bubur kacang, kita minum dengan air teh kurang manis atau teh tawar (kalau mat air sejuk lagi elok). Ok tu saja...resipi seperti berikut (mat guna resipi sama macam yang pernah buat dulu..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
1 liter santan
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tamba durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
  2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar. Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda gunakan pressure cooker atau periuk tekanan, masa yang diambil untuk merebus kacang hijau sekitar 6 - 7 minit dan tak perlu direndam dahulu.

8 comments:

Isteri Encek Bard said...

Ya Allahh sedapnya...

Iffah Afeefah said...

musim durian ke ni

lemongrass said...

Kalau dah nama dia bubur kacang campur durian, mana ada biasa2 lagi Cik Mat, hehehe.
Saya suka makan bubur kacang celup dgn biskut Jacob's, sedaaaappppp sangat2 :-).

bintangjauh said...

Salam CMG,

Yang biasa ala kekampongan itu lah pujaan selera... tempoh'hari diTanahAir tidak berkesempatan merasai apa juga namanya durian... cukup lah memadai dengan tatapan dari airtangan CMG sendiri, adore bubur kacang hijau dengannya isi buah durian sebiji-biji begitu, terkenang terbayang Moyang yang dikasihi... nostalgia jadinya...


Salam manis semanis madu.

mamasuri said...

biasa2 bagi cik mat..tp luar biasa dah bagi sy...huhuhu...sedapnyer...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG..
sedapnya nie bubur kacang durian.. terliur diana tgk tau... sedap2!!!

deena said...

Sukanya duriannn

Rozuan Ismail said...

terliurnya. cicah dgn roti mmg sedap