SANDWICH ROTI PITA..

rsz_dsc_1002
Assalammualaikum. Pagi semua..dah sarapan?...Sebenarnya ini mat buat semalam, tapi tak sempat nak masukkan ke blog sebab pagi semalam kawasan kami keputusan bekalan elektrik. Nak up waktu lain, macam tak berapa sesuai pulak. Jadi mat ambik keputusan masukkan pagi ini. Benda ni biasa sangat, bahan2 yang mat gunakan pun hampir sama. Cuma kali ni guna roti pita jenis lonjong, boleh beli di Tesco. Yang nampak macam garing tu ialah fillet ikan yang biasa mat guna, panggang dulu atau nak goreng pun ok. Kemudian potong sikit, sebab roti pita tu lebar, jadi kena susun bagi dia rata sikit. Kalau biar fillet ikan tu panjang pun boleh juga, terpulang. Menu macam ni mat rasa tak perlu lah letak resipi, sebab bahan2 dia cuma yang asas sahaja. Roti, sayur2an macam salad, timun, hirisan bawang dan tomato. Kalau anda nak tambah keju pun boleh, dan mat guna sos thousand island, juga kraft sandwich spread. Kalau anda tak suka ikan, boleh guna apa saja, telur dadar, tuna , daging atau fillet ayam pun ok. Jika kurang pasti bahan2 nak buat sandwich ni, anda boleh lihat di sini....Ok jumpa nanti dengan entri masakan lain pulak..

Post a Comment

6 Comments

  1. W'salam. Sarapan? Dok lagi. Kan best kalau duduk sebelah rumah Abang Mat. Boleh merasa makanan di atas. Hehe!

    ReplyDelete
  2. knp sume nmpak lazat?

    rse nk terbang ke sedenak skng jgk

    ReplyDelete
  3. mat cakap biasa2 ye..? tp akak tak pernah lg beli roti pita kat tesco atau mana2 pasaraya... jd bg akak resepi ni sgt luarbiasa... yg penting mesti sedap kan? hehehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.