NASI IMPIT DENGAN SUP AYAM KAMPUNG..

rsz_dsc_1156
Salam semua, skip makan nasi, tapi masak lah juga untuk mereka2 yang nak makan. Semalamkan mat ada rebus ketupat segera kan, jadi ada baki lagi. Dan projek seterusnya, sup ayam untuk dimakan bersama ketupat tadi. Ala2 soto lah kiranya, tapi berbeza. Kalau soto guna rempah lain, tapi sup ni sama macam sup2 ayam yang mat buat sebelum ni. Hanya yang ringkas sahaja, mat letak taugeh, dan sambal kicap. Kemudian benda2 biasa seperti hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai bahan hiasan. Kalau anda nak tambah hirisan tauhu goreng, so hoon goreng, kacang goreng dan begedil juga boleh, takde masalah. Kenapa mat suka sup ayam?..Selain boleh dipelbagaikan, ia juga agak ringan walaupun berempah dan maksud pelbagai tu ialah, dari sup ayam, anda boleh jadikan beberapa hidangan. Tambah mi, jadi mi sup tak kesah lah mi hoon ke, mi kuning, atau guna pasta pun sesuai. Kalau nak makan dengan nasi impit pun ok atau dengan nasi, dimakan begitu sahaja juga sesuai.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, kerat ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang
1 pokok daun sup, potong kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik

BAHAN SAMPINGAN :-)
Ketupat atau nasi impit secukupnya
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut saiz yang anda inginkan, buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya.
  3. Masukkan bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar, kacau dan masak hingga ayam empuk. Masukkan dan masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Letak nasi impit atau ketupat dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, taugeh dan akhir sekali sambal kicap. Hidangkan panas....

Post a Comment

5 Comments

  1. aduhla sedapnyer.... bau rebusan ayam kg tu je pun dh sedap sgt rasa nyer

    ReplyDelete
  2. tema raye dr smlm

    sok lontong lak

    ReplyDelete
  3. Tak terfikir resepi begini... kan ke sedap, ringkas dan mudah! Lain kali nak buat juga...

    ReplyDelete
  4. Ala-ala soto ayam tp ayamnya tak disiat dgn tak de begedil....

    ReplyDelete
  5. Ala-ala soto ayam tp ayamnya tak disiat dgn tak de begedil....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.