BEN ASHAARI

Sunday, April 22, 2012

STRAWBERRY JAM

rsz_dsc_4799
Salam semua, entri akhir pekan ini mat letak satu resipi jam stoberi, tapi ini mat buat pun main hentam saja, tu pun sebab tadi perasan strawberry yang mat beli 2 hari lepas dah mula tak berapa nak segar, nampak kecut je. Jadi dari tumbuh pokok stoberi, bior leer teman nukarkannya jadi Jam. Kalau sebut jam ni mesti lah padan dengan roti, yea dak?. Tapi kalau makan dengan english scone pun sedap you!. Cuma macam mat gebu tu tak boleh leer nak melantak manis2 ni semua, hagak2lah kan. Takpe kita buat dan biar orang yang boleh makan , memakankannya. Mat pulak jenis mata "kagumes", pantang nampak benda lawa, seksi, gebu2, mulalah ngambik tak beringat. Last2 dah tatau apa nak buat. Bukan apa, benda2 ni ada masa kita nak guna, takde, bila masa kurang nak guna tu jam, kus smangat, bersepah2 dijualnya, segenap ceruk rantau ada.... Tak nak pun jadi nak....huhu... Sila jangan tiru perangai buruk mat gebu tu yea...

rsz_dsc_4883
Buah strawberry dari Korea ini agak manis juga kalau nak dibandingkan dengan CH (Cameron Highland). Satu lagi yang mat suka stoberi Korea, saiz dia sekata, nampak comey je, merah pun menawan. Bukan yang CH tu tak lawa, ok juga, cuma masam dan cutting dia tak cun sangat. Yang mat guna ni kurang lebih 250 gram beratnya (1 kotak) dan mat tambah 1/2 cawan gula pasir, serta jus dari 3 biji limau kasturi. Mat letak juga secubit garam, jangan banyak2 secubitttttttttt sahaja. Nak bagi rasa lemak2 sikit . Kebanyakkan buah2an ni secara semulajadi mengandungi pectin, dan akan pekat bila dimasak. Untuk jam stoberi ni, mat tambah 1/2 camca teh tepung jagung. Masa memasak tu tak berapa lama, gunakan api kecil. Buah stoberi pun mat tak kisar, cuma potong kasar2, jadi bila sapu kat roti atau scone, akan ada cebisan2 buah stoberi melekat, kan nampak lagi sedap... Ok kalau dah ready jomm kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram buah strawberry segar
1/2 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh tepung jagung
1 camca besar air
Secubit garam

CARA MEMBUANYA :-)

  1. Cuci buah stoberi tadi, buang tampoknya, kemudian potong kasar. Masukkan ke dalam periuk. Masak hingga stoberi sedikit layu. Tambah gula pasir, kacau dan biar hingga gula cair bersama2 jus dari buah stoberi tadi. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan secubit garam dan kacau. Masak hingga mendidih dan kelihatan pekat. Bancuh tepung jagung dengan 1 camca besar air, kacau rata dan tuang ke dalam periuk, kacau hingga rata. Tambah jus limau kasturi, kacau lagi dan terus masak dengan api kecil hingga jam pekat dan kelihatan jernih. 
  3. Angkat senduk dan jika jam jatuh pekat dan bertali, itu tanda jam hampir siap. Masak lagi untuk 5 - 6 minit. Boleh matikan api. Sediakan botol bertutup yang bersih. Terlebih dahulu, rebus botol dan penutup dalam air panas, angkat dan toskan hingga kering. Boleh diisi dengan jam dan tutup rapat. Biar jam sejuk dalam botol dengan sendirinya. Lepas dibuka, simpan jam dalam peti sejuk.

12 comments:

Mas Michiko said...

Cedapnyerrrrrrrr.... dulu penah try wat jam seniri tp tak jadi...uhukkksss

Kalamhati said...

perrgghh!merahnya mak ngah..hehe terbaekk la

norinaomar said...

Cik mat, nak tanya lah..kalau kat area JB kat mana nak beli pokok herbs macam rosemary,thyme yg dalam pot kecik kecik tu?Kat jusco agaknya ada jual tak?Boleh bantu saya tak untuk share the info?
Terima kasih Cik Mat

chickenwing_08@yahoo.com

aima said...

pergh bole try ni, kat giant td nampk byk nya strwberry korea ni,...mcm nk g giant esok lusa belinya...aa korea strawberry lg best dr yg CH,...x msm la

Mat Gebu said...

@ norinaomar - kat Jaya Jusco ada jual....saya pernah beli.

Rozuan Ismail said...

wah, pekat macam kat pasaran punya =)

norinaomar said...

okay,akan cari kat sana.TQ cik Mat

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat, len kali biar dulu stroberi tu tumbuh jadi pokok stroberi, nanti dah berbuah lagi banyak boleh buat jem, hiks.. ;p

@!$H@H said...

best ni.. kbetulan kat uma ada buah strawberi leh ar buat

khairiah khaizu said...

sedapnya....suka mkn strawberry korea mmg rasanya manis....puas hati!!!

mamasuri said...

senangnyer rupanya buat jem ni..
harus cuba ni...

Juliana Jaafor said...

Kalau guna strawberi CH rasanya xperlu dah letak limau tu kan. Nanti bertambah masam..
Sy baru belajar buat jamm gak ni. Btw tq for the recepi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.