LAKSA AYAM DI KALA AKU GERAMM!!..

rsz_dsc_4787
Assalammualaikum. Selamat bertemu kembali di hari Ahad. Dah makan?. Hari ni mat malas nak masak, tapikan...kan...kan sebenarnya 2-3 hari teringin nak makan laksa, cuma tak nak laksa2 biasa, nak cuba bikin laksa ayam. Dalam freezer ada 2 keping ayam, satu bahagian peha dan satu lagi dada, tapi yang dada tu pun 1/2 je, sebab mat dah guna tu hari buat masak kue teow. Takpa lah, bukan nak buat banyak mana pun. Perasan tak semalam takde apa2 entri dan mat pun tak bersiaran semalam. Ni semua gara2 ada masalah teknikal dengan perkhidmatan Streamyx, tak boleh nak on9 dari semalam, masa mat tulis ni baru je dia ok. Geramm juga lah, sepatutnya semalam nak up entri rendang itik, tapi dah terbantut, mood semua hilang dah..huhu. Nanti2lah baru mat masukkan entri rendang itik, kalau tak ni hari, mungkin esok. 

rsz_dsc_4694
Bercerita pasal laksa ayam ni, sebenarnya ia tidak cukup bahan, tapi apa nak buat, dah nak makan sangat, overall sedap lah laksa ni, tapi kalau bahan2 dia cukup, lagi lah sedap. Perasan tak, taugeh takde, bunga kantan pun takde, hmm benda2 penting pulak tu. Satu lagi kalau anda nak letak telur rebus pun ok, tapi mat rasa tak perlulah sebab dah cukup dari segi bahan2 hiasannya. Cuma pada mat laksa ayam ni sedap dihidangkan panas. Selain guna mi laksa, anda boleh ganti dengan mi hoon atau spaghetti, juga sesuai. Paling penting sambal belacan tu wajib ada. Kuah laksa ni sedikit pekat, dan untuk resipi ini boleh dimakan 3 - 4 orang, bergantung pada keadaan anda masa tu, kalau lapar sangat mungkin 2 orang. Sebelum tu mat ucapkan terima kasih pada anda, walaupun semalam DTS takde apa2 entri, anda masih sudi singgah.... Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi Laksa secukupnya, jika guna yang kering, rendam hingga lembut, rebus dan toskan
1 keping fishcake, hiris
1 kiub pati ayam (optional)
1 liter santan
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
Air secukupnya, jika perlu
2 keping asam gelugor
2 keping ayam, potong kecil, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
3/4 inci halia
2 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1 batang serai, hiris halus

BAHAN SAMPINGAN :-)
Timun, dihiris halus
Bawang besar, dihiris halus
Sambal belacan
Hirisan halus daun kesom
Belahan limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan (tak letak sebab takde)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut. Tuang santan, kacau rata dan biar mendidih. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan daun kesom, hirisan fishcake dan bunga kantan. Tambah juga asam gelugor dan kiub ayam (jika guna). Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  2. UNTUK LAKSA AYAM :- Letak mi laksa dalam mangkuk sesuai, isikan dengan timun, bawang, dan taugeh, tuang kuah laksa bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun kesom, letakkan sedikit sambal belacan dan juga belahan limau kasturi. Hidangkan segera. 
  3. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Dua biji cili merah + 10 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar hingga wangi + secubit garam = tumbuk dengan lesung batu hingga halus. Boleh hidangkan bersama laksa ayam tadi...

Post a Comment

12 Comments

  1. erm...1st time ni tengok laksa ayam....

    gluuuuuuuuurp telan air liur...

    ReplyDelete
  2. cam laksa kemboja je nengoknye

    ReplyDelete
  3. 1st time tgk laksa ayam...cmne yer agaknya rasanye tu...nmpk sedap...resepi lain dr yg lain ni...mesti cuba...

    ReplyDelete
  4. salam che mat kak ilah tak pernah makan lagi ..terliuqqqq tgokkk...

    ReplyDelete
  5. Resepi baru ke Che Mat, masuk list dulu ye, nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. sedappnya...
    wat mas jadi lapar jerk tau...he3

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cmg
    waah nampak berlemak gitu
    hish konfem sedap:)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... CM buatkan sy terliur dgn resepi yg sgt2 kreatif nih! 1st time jumpa laksa ayam! must try...

    ReplyDelete
  9. tak penah jumpa lagi laksa ayam. laksa ikan selalu2 sgt ler, cik mat.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Semasa blogwalking saya terjumpa satu blog http://resepi-dapur.blogspot.com/2012/10/laksa-ayam.html di mana terdapat resepi dan juga gambar-gambar masakan yang serupa seperti dalam blog CMG. Just nak kepastian, adakah blog ini juga empunya CMG. TK

    ReplyDelete
  11. Salam abg mat, saya br je buat kuah laksa ayam ni.. Sedap resepi abang mat ni.. Tme kasih bkongsi resepi bang.. Lg satu nak tanya kalau sambal belacan abg mat tu abg mat wat mcm mn? Hehehe.. Pape pon mmg sedap.. Tq abg mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.