KUE TEOW PEDAS DENGAN CILI PADI JERUK..

rsz_dsc_4489
Malam semua, jomm kue teow pulak...Hehehe, pening ke pala. Releks, ingat tak semalam ada entri kue teow hailam. Jadi yang ni baki dia lah, mat kan masak sikit, kue teow yang 500 gram tu pun sampai 3 - 4 kali masak baru habis. Jadi last batch mat goreng saja. Letak kan hirisan daging ayam dan fishcake. Ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Dah kita yang buat dia, jadi pandai2 lah adjust apa yang patut. Mat pulak memang ada beli kucai, kira memang ngam lah. Oh, yea mesti ada yang tanya, eh CM, macam mana pulak boleh tahan kue teow u eks?. Selalunya mat akan simpan dalan freezer, bila nak guna panaskan dalam mickrowave lepas tu boleh lah guna, tapi masa simpan tu pastikan anda ikat plastik kue teow tadi. Mi kuning juga boleh kita buat macam tu. Untuk resipi ini mat guna bahan2 yang ada, cili dia pun guna cili kisar biasa, selalukan mat guna sambal yang mat buat awal dan simpan dalam botol. Tapi habis dah dan agak tak berapa nak rajin pulak untuk membuatnya. Belasah lah apa yang ada....tak jadi masalah pun. Lepas tu nak tambah ke power an dia kena lah makan dengan cili jeruk, tapi bukan cili jeruk biasa yea, cili padi jeruk okeh..berasappp wooo!!!...

rsz_dsc_4537
Ini lah dia jeruk cili padi tu. Kebetulan stok cili padi agak menimbun juga kat rumah ni, tu hari abah mat petik dari beberapa pokok cili padi, dapat kurang lebih 500 gram. Banyak gileerr...tatau nak buat apa dah, lepas tu mat ambik lah dalam 100 gram macam tu dan buat jeruk. Cara dia sama saja macam jeruk cili hijau. Mat guna cuka jenama Jalen, sebab pada mat cuka Jalen rasa dia sedap dan tidak menggigit sangat kemasaman dia. Cuma botol yang kita guna untuk mengisi cili jeruk ni harus direndam dalam air panas, termasuk tutup botol juga. Keringkan dan baru isi dengan cili dan cuka. Biar 2 - 3 hari dan boleh dimakan. Ok kita lihat resipi kue teow dan cili jeruk...

KUE TEOW PEDAS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kue teow
1/2 keping fishcake, hiris nipis
1 cawan hirisan daging ayam
4 - 5 pokok kucai, kerat pendek
Taugeh secukupnya, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
2 camca besar kicap manis
1/2 camca besar kicap pekat
1 biji telur, pukul sedikit
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar san sos tiram, kacau dan tumis hingga wangi. Masuk ayam dan fishcake serta sedikit sos ikan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga pekat, guna api kecil.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, hancurkan. Gaul rata dan tuang kicap manis dan kicap pekat. Kacau dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Tambah kucai dan taugeh, gaul lagi.
  3. Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili padi jeruk....

CILI PADI JERUK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram cili padi kampung yang hijau
200 ml cuka makan (mat guna jenama Jalen)
50 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Botol kosong yang telah direndam dalam air panas mendidih dan dikeringkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci cili padi dan toskan. Didihkan air kemudian masukkan cili padi. Biar 10 saat, kemudian toskan dan biar sejuk. Isi dalam botol. Ketepikan sebentar.
  2. Bancuh cuka makan bersama air, tambah garam dan gula (yang ni agak2 lah yea), kacau hingga semua larut. Tuang dalam botol berisi cili padi tadi. Simpan 2 - 3 hari ditempat terlindung dan boleh dimakan sebagai ulam. Selamat mencuba!!...

Post a Comment

15 Comments

  1. Cili Padi jeruk buat air liur saya mengeluar, hehehe ..

    ReplyDelete
  2. @ sonia - pedas tapi sedap, terima kasi sudi komen.... ^__^

    ReplyDelete
  3. Memang...... cili jeruk tu buat kuey teow tambah berasap! Adeeehhhh...enak banget nih Che Mat!

    ReplyDelete
  4. Lapar lah pulak, malam malam tengok kue teow goreng ni

    ReplyDelete
  5. kuey teow + jeruk chilli + ice kachang... my favourite combination.
    Cheq nak request satu boleh dak? CikMat dah letak gambaq makanan, dah letak gambaq pinggan mangkuk... what about letak gambaq gubahan munga-munga kat rumah cikMat tu... very the cantik!! I'm sure semua orang mau tengok...
    xoxo

    ReplyDelete
  6. fuuuhhh... cili jeruk!!! mantopppp

    ReplyDelete
  7. Wow! Cili jeruk sedapnya. Tambahan pulak cili padi, tentu terasa kepedasannya yang berasap tu.
    Terima kasih berkongsi resepi ni Cik Mat.

    ReplyDelete
  8. terliur ni..tapi,lau pedas..xleh makan sangat la plak =,=

    ReplyDelete
  9. sedapp giler la gmbar ni. mat, buat la open house n msk sedap2. nak dtg!
    heee

    ReplyDelete
  10. Cantiqqq nye bekas cili jerokk mat...hehehe

    ReplyDelete
  11. perhhhh....dasyat...
    kuetiaw goreng ngan cilipadi jeruk....
    suka sangattttt..
    mengeliurkan betoiiiiiii......

    ReplyDelete
  12. Askm,
    Terima kasih kerana menggunakan produk Jalen. Saya ingin mohon share resepi ni di FB Jalen http://www.facebook.com/pages/Kicap-Jalen/347259090640.=)

    Salam Ukhwah,
    Liza
    Jalen Sdn Bhd

    ReplyDelete
  13. engaku ni ...
    sajerrrrr me"nyummy"kan aku!!!


    argghhhh!!

    ReplyDelete
  14. Alalalalala .. kueytiow goreng la pulak. feveret KC nih.

    ReplyDelete
  15. wowww...klu wat cili padi jeruk tu kt En Hubby..mmg selera la dia makan nanti...suka sgt makan cili..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.