MAMAFAMI BUAT ROTI....AKU PUN BUAT ROTI!

rsz_dsc_5976

Lama dah mat tak meroti, last buat bila ntah, tak berapa nak ingat. Jadi hari ni buat lah roti, tapi bukan lah yang lawa2, cuma roti cikai je, bun kosong lepas tu tabur bijan atas dia. Satu lagi sebab mat buat ni ialah ternampak....ter ok, bukan sengaja nak menengok. MamaFami buat roti yang gebu kan main di blog dia kat sini.. Tak madan tau akak tu, sibuk2 sempat lagi meroti. Apa2 pun terima kasih lah Mama, sebab memberi ku idea walaupun ku berada dalam tahap kemalasan melampau hari ni...huhu. Kalau ikut resipi dari blog Mama di sini, roti ni ada inti kelapa, tapi mat buat bun biasa saja. Cicah dengan sambal tumis atau air kopi. Memasak ni kan ada masa amat2 menyeronokkan, ada masa pulak, sungguh membosankan. Tapi kalau tak masak rasa macam kitaran hidup kurang lengkap pulak. Hmmm, susah kan..

rsz_dsc_6063
Untuk resipi ni, mat buat 9 biji bun kosong. Kalau anda nak buat mini burger pun sesuai juga bun ini, atau sandwich pun ok. Satu lagi pasal inti tu, boleh buat apa2 saja inti yang anda suka, inti sardine, ikan bilis, inti daging/ayam atau inti kentang semua ok. Seperti biasa mat gunakan khidmat Bibik Melayu (BM) untuk menguli adunan dan memerap sehingga waktu yang secukupnya. Mat susun dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci. Kalau anda nak letak dalam paper cup pun boleh, tapi pastikan ia bersaiz agak besar, sekurang2nya 3 inci lebih. Resipi seperti dibawah, mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan sebelum tu bagi yang belum undi kalau ada kerajinan boleh lah berbuat demikian  di sini.... Terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 camca teh instant yeast
2 camca besar mentega/majerin
1 biji telur*
2 camca besar susu tepung*
240 ml air dari peti sejuk*(*disatukan dan kacau rata jadi kurang lebih 300ml)
1/2 camca teh bread softener 
Bijan untuk hiasan
Inti pilihan anda (mat tak letak, cuma buat bun kosong sahaja)
Sedikit telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata untuk menglis roti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bancuhan air + susu tepung + telur ke dalam bread maker, tambah bahan2 lain kecuali bijan, bahan untuk menglis dan inti (jika guna). Pilih setting untuk DOH dan tekan ON. Tunggu hingga siap. Keluarkan dan uli sekejap, tabur sedikit tepung pada meja kerja.
  2. Bulat2kan adunan biar pada saiz yang sama (kalau mat buat 1/2 dapat 9 biji, untuk resipi ini dalam 18 biji bun). Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar 45 minit atau hingga naik berganda.
  3. Sapu bancuhan untuk menglis, tabur bijan rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan bersama air kopi atau dimakan bersama jem, seri kaya atau sambal tumis....

Post a Comment

12 Comments

  1. Salam, Cik Mat... dah lama tak meroti tu okey lagi, kita ni langsung tak pernah meroti, tahunya beli jer, hihi...

    ReplyDelete
  2. @ sari yusa - salam kak sari, huhu, ni pun sebab bahan2 dah ada..lepas tu mamafami tu goda2 kat blog dia, mana boleh tahan!

    ReplyDelete
  3. erm sedapnya =).huhu.. gebu sgt roti tuh.

    ReplyDelete
  4. glurp! *telan air liur.
    sedap makan panas panas ni~~

    ReplyDelete
  5. Enak pak! macam nak meroti dimalam buta ni but kerja macam gini baik jangan buat.. nanti besok pagi susah nak bangun subuh hehe

    ReplyDelete
  6. @ rozuan - cer terai buat, uli guna tangan...

    @ laskar pelangi - sungguh, makan selagi hangat, baunya, masya Allah..nak cerita pun malas..

    @ rima - Kalau takde Bibik Melayu (BM) sah ku tak membuatnya, Puan Rima...

    ReplyDelete
  7. Patutlah bangun pagi ni, lom gosok gigi dah masuk rumah ko Mat. Rupanya ku diseru. Hehehe...

    9 ketul je Mat? Cukup ke? Cukup ko sorang je la makan eh? Ate, orang lain nengok je ke? Ihik ihik...

    Psst Mat... dah beli lom? Yang tuuuu laaa... kalau tak karang, mama pass pada Kak Liza pulak suruh 'racun' tiap-tiap hari... hihihi...

    ReplyDelete
  8. mintak sikit,che mat..td pi kedai roti burger dh hbs,nk mkn burger..hukhuk

    ReplyDelete
  9. Salam Cik mat..nak tanya, kenapa roti yg saya buat dalam lembut tp luar keras ek?Tak mcm gambar roti yg cik mat buat tu...huhuapa yg kurang ye?

    ReplyDelete
  10. salam..bread maker cik mat guna tu jenama ape ek?bli kat ner..berminat sgt nk buat roti mcm cik mat buat..

    ReplyDelete
  11. Resepnya patut dicoba nih. Bisa buat pengembangan resep saya. Terima Kasih atas sharingnya.

    Toko roti lainya: Toko Roti Murah Enak, Toko Pastry & Bakery, Toko Cookies & Cakes

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.