JANGAN TANYA KENAPA....TERIMA KASIH..

rsz_dsc_4383
Salam Jumaat semua, Jangan tanya kenapa. Maksudnya jangan tanya eks, kenapa mat gebu masak menu yang sama saja dan yang sempoi sangat, macam tak sesuai lah letak dalam blog. Mat masak ikut apa yang orang suruh dan apa yang aku rasa nak makan. Kadang2 bila kita kena update blog masakkan hari2, ada masa idea pun turut kering, tu pasal ada yang masakan ulang tayang. Tapi pada mat itu tak jadi masalah. Sebab walaupun ulang tayang, ia bukan recycle dari entri lama, tapi baru dimasak dan panas dari dapur mat gebu. Mat ada masak satu lagi, tapi yang tu kemudian baru letak. Dalam gambar atas tu paling mat suka bening taugeh dengan tauhu, sesuai untuk cuaca panas2 macam ni. Tabur sedikit serbuk lada hitam sebelum dihidangkan, boleh makan macam tu saja. Tapi bagi yang tak makan taugeh....sori!.. Ok kita sambung cerita dibawah ni yea...

Dah aku kata, orang Johor ni kalau tak mengadap asam pedas, boleh demam. Bonda pagi tadi dah bagi tau, nanti masak asam pedas ikan parang, campur sawi jeruk ok, yoooo lahh esey ni haa ngikut yoo. Settle sudah asam pedas ikan parang. Satu lagi style yang mat masak ni, lain sikit, tapi tak semua orang suka, abah mat dia suka ikan tu kasi goreng embal2 atau lembap2 lepas tu baru dimasak asam pedas, dia kata senang nak makan, tulang tu mudah tanggal. Lepas tu mat pulak macam biasalah masakkan the most sempoi menu in the world (bila sebut istilah "in the world", teringat Kak Jee suka guna ayat tu...comeyy jee kan...). Bening taugeh, campur tauhu dan mat letak kiub ikan bilis saja, kalau anda nak letak ikan bilis real punya pun takde masalah. Kalau nak letak fishball pun boleh, chicken ball pun boleh, udang pun boleh...semua ok, tak dosa punya...

Dan yang last sekali, ni sebab nak habisan baki2 sayur yang masih ada sikit. Kalau dibiarkan sah2 jadi baja. Korek2 dalam peti sejuk doremon, maka keluarlah kacang buncis, trafficlight capsicum dan tauhu. Ada ikan bilis, boleh lah kita goreng, buat sayur rampai. Lepas tu tambah sedikit soo hoon. Siap sudah, senangkan menu mat gebu ni hari. Oh yea, mat ada juga goreng ikan masin sepat benua...tau ikan sepat benua tu apa, ia ikan sepat bersaiz besar, banyak kat belah2 Utara, ada juga yang panggil sepat siam. Biasalah abah ku itu, ikan masin mana boleh takde. Jadi resipi untuk hari ni takde lah yea, cuma cerita-ceriti sahaja. Bukan apa, menu mudah macam ni rasa mat semua orang pandai masak, dan kalau nak, anda boleh lah cari2 dalam DTS ni. Terima kasih sayang mat pada anda semua yang sudi singgah ke blog DTS, bukan glamer yang ku cari tapi hanya berkongsi ilmu yang bermanfaat pada mereka yang rasa memerlukan. Itu saja... Sekian terima kasih...

Post a Comment

11 Comments

  1. hmmm...simple mimple pun kecur air liur tgk..lagi2 sayur bening tu..phewww...=)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum che Mat,
    menu beginilah yang memang dicari orang, diet yang seimbang, menyelerakan dan penuh khasiat!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Che Mat... Tq 4 all super-duper sedap recipes... mohon izin siar di blog FnF ye... utk rujukan kemudian hari...InsyaAllah... terima kasih...

    ReplyDelete
  4. tak apa cmg yang penting ikut selera kita...
    lagi satu... tak semua org tahu masak selera johor kan....

    eh, patutnya ayu tak payah tanya apa2.,,
    sorry.. heheh

    ReplyDelete
  5. walaupun biasa nampak sedap jugak....

    ReplyDelete
  6. walaupon baru je lepas makan nasi tadi.. tengok gambar abg mat ni pon boleh terliur lagi.. huhuhu..

    *saya pon orang johor..mmg betulla..takleh lepas asam pedas. huhu

    ReplyDelete
  7. Kalau cam tu.. mama pun nak tepek je la gambar apa yang ada kan.. entry resepi mungkin dah lama, tapi makanan yang ditepek, baru masak kan Mat kan? Daripada ku biar blog tu kusam dan pupus, baiklah tepek ulang tayang kan kan kan....

    ReplyDelete
  8. Kalau nak tau Mat, dalam Istana tu selang sehari lauknya asam pedas, aku minggu lepas baru dapat tau dr kawan aku punya Mak yg bekerja dalam istana bahagian masak..huhuhu
    Tapi istana suka asam pedas ikan bawal dn juga ikan pari katanya...
    Kira ada klassss tinggi tau asam pedas ni, jgn pandang rendah masakan2 mcm ni...

    Cuba ko bg aku semangku, tgk habis ke tak..hehehehee

    *potong stim betul cite taugeh tu!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. banyak sangat masak sampai dah lupa nak masak apa.huhu

    ReplyDelete
  10. wahai blogger masak2, ulang tayang jer lah 18 ribu kali pun. sebab ia membantu org yg kekeringan idea nak masak ni :) bila tengok gambar2 yg menyelerakan tu, terus teruja nak masak or dpt idea nak masak apa. dun wori ler okeh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.