rsz_dsc_4383
Salam Jumaat semua, Jangan tanya kenapa. Maksudnya jangan tanya eks, kenapa mat gebu masak menu yang sama saja dan yang sempoi sangat, macam tak sesuai lah letak dalam blog. Mat masak ikut apa yang orang suruh dan apa yang aku rasa nak makan. Kadang2 bila kita kena update blog masakkan hari2, ada masa idea pun turut kering, tu pasal ada yang masakan ulang tayang. Tapi pada mat itu tak jadi masalah. Sebab walaupun ulang tayang, ia bukan recycle dari entri lama, tapi baru dimasak dan panas dari dapur mat gebu. Mat ada masak satu lagi, tapi yang tu kemudian baru letak. Dalam gambar atas tu paling mat suka bening taugeh dengan tauhu, sesuai untuk cuaca panas2 macam ni. Tabur sedikit serbuk lada hitam sebelum dihidangkan, boleh makan macam tu saja. Tapi bagi yang tak makan taugeh....sori!.. Ok kita sambung cerita dibawah ni yea...

Dah aku kata, orang Johor ni kalau tak mengadap asam pedas, boleh demam. Bonda pagi tadi dah bagi tau, nanti masak asam pedas ikan parang, campur sawi jeruk ok, yoooo lahh esey ni haa ngikut yoo. Settle sudah asam pedas ikan parang. Satu lagi style yang mat masak ni, lain sikit, tapi tak semua orang suka, abah mat dia suka ikan tu kasi goreng embal2 atau lembap2 lepas tu baru dimasak asam pedas, dia kata senang nak makan, tulang tu mudah tanggal. Lepas tu mat pulak macam biasalah masakkan the most sempoi menu in the world (bila sebut istilah "in the world", teringat Kak Jee suka guna ayat tu...comeyy jee kan...). Bening taugeh, campur tauhu dan mat letak kiub ikan bilis saja, kalau anda nak letak ikan bilis real punya pun takde masalah. Kalau nak letak fishball pun boleh, chicken ball pun boleh, udang pun boleh...semua ok, tak dosa punya...

Dan yang last sekali, ni sebab nak habisan baki2 sayur yang masih ada sikit. Kalau dibiarkan sah2 jadi baja. Korek2 dalam peti sejuk doremon, maka keluarlah kacang buncis, trafficlight capsicum dan tauhu. Ada ikan bilis, boleh lah kita goreng, buat sayur rampai. Lepas tu tambah sedikit soo hoon. Siap sudah, senangkan menu mat gebu ni hari. Oh yea, mat ada juga goreng ikan masin sepat benua...tau ikan sepat benua tu apa, ia ikan sepat bersaiz besar, banyak kat belah2 Utara, ada juga yang panggil sepat siam. Biasalah abah ku itu, ikan masin mana boleh takde. Jadi resipi untuk hari ni takde lah yea, cuma cerita-ceriti sahaja. Bukan apa, menu mudah macam ni rasa mat semua orang pandai masak, dan kalau nak, anda boleh lah cari2 dalam DTS ni. Terima kasih sayang mat pada anda semua yang sudi singgah ke blog DTS, bukan glamer yang ku cari tapi hanya berkongsi ilmu yang bermanfaat pada mereka yang rasa memerlukan. Itu saja... Sekian terima kasih...