BEN ASHAARI

Friday, April 13, 2012

APAM INDON..ADA RUPA..ADA RASA...

rsz_dsc_3391
Assalammualaikum semua, aduh masih pedih nih, tapi nasib baik dah ok,esok insya Allah baik lah. Walaupun keadaan diri agak kurang selesa, tapi petang tadi rasa boring gileerr, tahap naruto!!. Jadi mat pun pi dapur, godek2 leer apa yang patut sekali kan...kan...kan...lepas beberapa ketika, terjadi lah apam indon ini. Rasa mat ramai dah orang buat, cuma mat baru tergerak nak buat. Secara jujur lah kan, lepas mat tengok Puan Azlita buat di sini, terus rasa teruja nak buat...Lepas tu nampak Kak Yatie pulak buat...tak boleh jadi ni, benda yang menjadi ikutan ramai, rugi kalau tak mencuba. Jadi tu yang mat buat, kebetulan mat ada simpan 1 cawan santan, baki dari masa lemak pegaga tadi. Bila mat sebut nama seorang dua saja, dan jika anda nak tau pemberi resipi asal, silalah ke blog mereka, sebab Puan Azlita dan Kak Yatie ada BL kan link2 mereka. Jadi pada pemberi2 resipi asal, tak payah rasa berkecil hati ok....

rsz_dsc_3413
Buat dia tak susah sangat, tapi kalau anda nak bahagian yang bewarna-warni tu lebih menyerlah dan tebal sikit, lebihkan sikit adunan untuk bahagian tengah. Walaupun pada asasnya kita bagi 3 adunan apam ini, 2 bahagian diberi coklat emulco dan satu bahagian lagi dibagi tiga lagi dan ditambah perasa dan pewarna yang anda ingin kan. Untuk apam ini, perlu dikukus dengan api sederhana. Jadi mat guna kukus biasa. Mat tak balut tutup kukus tu, tapi tin yang mat gunakan, mat tutup dengan tudung periuk. Perasa untuk bahagian bewarna warni tu terpulang pada citarasa anda. Mat guna merah - perisa strawberry, Violet/ungu - perisa blueberry dan Oren - perisa orange. Untuk resipi ini mat guna acuan bulat bersaiz 9 inci. Sebelum lihat resipi, singgah dulu ke entri pilihan DTS di sini. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred A
300 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
300 gram gula halus (mat guna 250 gram)
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
250 ml santan (boleh ganti dengan susu sejat)*
Sedikit garam*(*disatukan dan kacau rata)
Perisa dan pewarna makanan pilihan anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar telur dan ovallate hingga kembang, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga adunan pekat dan gebu, guna kelajuan tinggi. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan santan tadi, hingga habis, gaul rata.
  3. Bagikan adunan kepada 3 bahagian. Dua bahagian ditambah dengan coklat emulco dan esen vanilla (setiap bahagian dicampur dengan 1 camca teh coklat emulco dan 1/2 camca teh esen vanilla). Kacau rata.
  4. Baki satu bahagian lagi, dibagi 3, biar sama banyak. Letakkan setiap bahagian dengan warna dan perisa yang berbeza, merah untuk perisa strawberry, Ungu untuk perisa blueberry dan Oren untuk perisan orange. Kacau rata dan ketepikan.
  5. Seterus, tuang 1 bahagian adunan coklat ke dalam tin yang telah disediakan. Ratakan dan kukus 10 minit dengan api sederhana. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk atau aluminium foil. Bila permukaan apam kering, lapis pula dengan adunan yang bewarna-warna. Anda tompok2kan setiap warna untuk beberapa bahagian dan tindikan juga dengan warna berbeza. Lorek sedikit. Sambung kukus untuk 10 - 12 minit.
  6. Kemudian akhir sekali, tuang bahagian akhir adunan coklat, ratakan sambung mengukus untuk 40 minit lagi, biar betul2 tanak. Keluar dan sejukkan. Boleh dipotong dan hidangkan.....Selamat mencuba!.

12 comments:

Sis Lin said...

Salam Mat..

Amboii sedapnyaaa...kira ok jgk kan, pertama kali cuba dh menjadi, klu aku agaknyaaa ntah2 mentah dalamnya, tak pun hitam legam..kekekeke

Eh aku ada bc Linda bt kek sarang semut ko tu boleg kukus eh? huhuhu

Mat Gebu said...

@ sis_linn - ha ah mmg boleh kukus, nko try pulak buat...

Mas Michiko said...

Tq Che Mat coz share resepi ni... nmpk menarik dan sedap! must try... :)

JIJI YU said...

nanges ni

a'in fajar said...

sedaaap nyer..makin ramai blogger try apam nie...jelous2..nk try gak..

norinaomar said...

saya first tengok kat blog sinar kehidupanku..nak try tapi macam rumit je..tapi akan try juga one day

kasihredha said...

cantiknya
suka colour dia

dapurCikWan said...

Salam..PCM, cikwan dah cuba.. sedap2..tapi macam biasala ada ubah2 ckit warna2 tu... ampun ye! =)

http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html

Yatie said...

mmng cantik molek je kalau che mat yg buat....mmng terbaekkkkk..

mas saari said...

cantik dan mesti sedap..

MamaFaMi said...

Mat.. kecik ati la....

Mari Belajar Agama said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.