JEMPUT BERSANTAP TUAN DAN PUAN...

rsz_dsc_3468
Assalammualaikum, hari ni memang rasa tak nak masak. Tapi dah itu tugas yang harus dipikul, nak tak nak, kena juga masak. Tapi macam biasalah ia bukan satu masakan yang meletop, namun tetap menyelerakan. Kena pulak dengan cuaca yang mendung berangin sepoi2 bahasa. Memasak ni mudah, tapi ia akan menjadi satu cabaran bila mempunyai pelbagai citarasa dalam satu2 keluarga. Maksud mat, tak semua makan apa yang kita masak, contoh, ada yang makan petai, ada yang tak. Ada suka pedas, ada tak suka. Ada yang nak ikan goreng garing, ada pulak nak ikan goreng lembap2. Namun begitu bila sudah terbiasa, ia tidak menjadi hal lagi. Semakin lama kita duduk bersama, makin kita fahami selera mereka. Walaupun memasak, kita tetap juga perlu memahami citarasa setiap individu. Pada kaum wanita, anda harus tau memasak, walaupun benda mudah. Mat perhatikan sekarang wanita bekerjaya bukan sahaja bijak di pejabat tapi tangkas juga di dapur...Tahniah lah untuk mereka2 semua. Kita bercerita pasal menu hari ini Di pondok mat gebu pulak....

Bukan mat tak nak letak resipi satu persatu, tapi kalau anda sendiri lihat. Dah tak payah tulis nama2 masakan, pun dah boleh teka apa dia. Jadi entri yang ni mat tak letak resipi, cuma bercerita sahaja, ok. Seperti biasa, bila otak buntu dan ikan ada serta bahan2 yang sepatutnya pun ada, asam pedas adalah pilihan terbaik. Selain senang disediakan, ia juga agak versatile, kuah boleh digunakan untuk mencicah lempeng atau roti. Asam pedas ikan JM(Japanese Mackerel) tu mat letak keladi Sarawak atau keladi telur sebagai bahan sampingan. Ada bunga kantan, boleh masukkan juga. Yang belah kanan tu pulak ikan goreng tapi ada lah mat lumur sedikit rempah ratus macam ketumbar, jintan, bawang putih dan serbuk kunyit serta sedikit garam. Perap sekejap dan goreng. Tak pasti apa jenis ikan tu sebab ia ikan campur, tapi kalau tak silap ada ikan selar, ikan kerisi dan juga ikan gelama. Ikan goreng macam tu kena makan panas2, baru lah sedap.......

Untuk mat pulak, yang mudah lagi senang. Ada sayur chap chai atau sayur campur, alah yang ni pun main cempak2 saja, letak sedikit sos tiram dan kalau anda nak tambah udang ke, hirisan daging ayam ke atau sotong semua boleh. Ianya mudah dimasak dan selalunya kita masak tak lah sampai layu, kira2 tiga suku masak dah ok, bila makan masih ada terasa kerangupan sayur2 tadi. Terakhir sekali yang betul2 mudah dan menyelerakan. Tanya lah pada semua, betul tak ikan bilis goreng tu menyelerakan? Kalau ada bubur nasi, hmm, lagi sedap. Mat guna ikan bilis nasi atau ikan bilis jenis halus2. Rendam dulu 15 minit, kemudian toskan dan perah sedikit. Goreng dalam minyak panas hingga garing tapi pastikan tidak hangus. Angkat dan toskan. Kemudian mat goreng juga hirisan 1 biji bawang besar, hingga perang, angkat dan letak atas paper towel, tekan2 sedikit biar minyak terserap. Bila ikan bilis sejuk, gaulkan dengan bawang tadi hingga rata. Kalau anda nak letak cili hijau pun boleh. Hidangkan bersama nasi panas atau bubur....Kemudian boleh lah santap...Itu saja lah entri kali ini, terima kasih sudi singgah dan baca.... Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

Post a Comment

9 Comments

  1. salam CMG! uish! klu x nak masak dah mcm ni, apa lg bila btl2 nak masak!! :-)

    ReplyDelete
  2. PCM, tolong bagi alamat.. Nak singgah.. Boleh rasa masakan PCM ni.. Menyelerakan betul.. Hehehheh..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mat,
    semuanya sedap! Ikan goreng pun sodap... apalagi bilis goreng bubuh bawang goreng tu...adeeeeh! Perah sikit jus limau atau sesudu cuka dengan sesudu kicap...meletup mat!

    ReplyDelete
  4. aduhaiii...sedapnya.
    Akak suka makan ikan goreng gareng2 tu dgn kicap+bawang+cili api...perrghhh.

    Balik kerja memang penat,masak simple2 pun best juga kan :)

    ReplyDelete
  5. Ikan bilis goreng tu la yg bikin tambah berkali2 Cik Mat oiii...
    hehe!

    ReplyDelete
  6. asam pedas sentiasa menjadi pujaan hatiku...kalau malas2 nak masak pun, akak tetap masak asam pedas...he3..ikan goreng tu makan panas2 dngn kicap je pun dah sedap...kan..

    ReplyDelete
  7. ikan bilis goreng tu memang menggoda..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.