BEN ASHAARI

Wednesday, March 21, 2012

OPEN PASTRY PUFF.

PUFF
Entri terakhir untuk hari ni, sebenarnya mat tak rancang nak buat. Tapi anak buah yang bersekolah darjah dua ada tadi. Kebetulan dalam freezer ada baki 2 keping puff pastry, terfikir juga apa eks nak buat dengan itu benda. Hmm, jomm kita jadikan ia sesuatu...idea..idea..mana kah dikau, anda pun tau kan, kadang2 si mat tu idea dia tak hapa2, tapi sekurang2nya, idea tah hapa2 tu boleh juga dikongsi bersama. Tiada paksaan, kalau rasa nak mencuba, silakan. Kalau tak pun takpe. Bila kita berblog masak2, tak perlulah ada rasa kecik hati bila resipi kita kongsi kurang mendapat sambutan. Mat kan, tak pernah pun rasa macam tu, kalau ada yang mencuba dan menjadi, syukur alhamdulillah. Resipi yang kita himpun di blog selain untuk rujukan sendiri, ia juga berfungsi untuk generasi akan datang, setidak2nya menjadi tempat rujukan. Jadi gembirakan hati anda, dan jika ada orang memberi komen2 negetif dan seakan2 mereka tidak suka kita, sebenarnya mereka amat2 prihatin, kalau tak, takkan sanggup mereka membaca dengan begitu teliti sampai terasa sakit hati sangat, betul tak...alah kita tak rugi apa2 pun....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping puff pastry jenama "kawan"
1 batang sosej Ayamas berlada hitam, didadu kecil
1/3 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (mat tak letak)
2 ulas bawang putih, dicincang
1/3 cawan susu segar
1 helai bay leaf
4 camca besar parutan keju mozarella
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 ramekin berdiameter 2.5 inci, lenser dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan. Tumis bawang putih dan bayleaf hingga harum. Masukkan sosej dan mix vege, kacau rata dan masukkan susu segar dan serbuk lada hitam dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan masa hingga kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Tabur sedikit tepung pada meja kerja, ambil 1 keping puff pastry, tabur sedikit tepung dan canai perlahan sehingga nipis sedikit. Perlahan2, masukkan ke dalam ramekin, jadikan seolah2 mangkuk, biar lebihannya terkeluar. Buat kaedah sama untuk satu lagi..
  4. Masukkan 1 camca besar parutan keju kemudian 1/2 bahagian inti (no.2) dan tabur 1 camca besar keju atasnya. Buat kaedah sama untuk satu lagi. Bakar selama 25 minit, gunakan rak bawah dalam oven...Hidangkan panas.....

13 comments:

Umar Faruq said...

Kadang-kadang teringin jugak nak rasa masakan PCM ni.. Terliur setiap kali tengok.. :D

Mat Gebu said...

@ umar Faruq - ehem ehem....

Liza said...

salam mat...sebenarnya akk suka masuk blog mat ni, bnyak kata2 semangat yg akk dapt...ye la kan kita ni xboleh lari dr perasaan kecik hati, tp alhamdulillah bila baca setiap n3 mat, akk rasa lega, terubat sikit hati akk ni....thnx ye mat...

Mat Gebu said...

@ liza - sama2 kak..huhu saya pun pernah hadapi situasi yg sama,lama2 saya fikir, biar lah apa org nak kata, janji kita bukan buat benda2 yang menyalahi ugama...Terima kasih juga pada akk, sudi komen..

Sis-Lin said...

Kreatifnya ko Mat...
Mmg terserlah ke bukaan puff tu..kembang semangkuk aku tgk...
Mesti shedappppppppppp!

Nnti bila2 aku dtg, nak yg ni yeeeeeeee ;p

ilahjy said...

salam c.mat kak ilah masa dinner dgn agung tuanku mizan last year..ada sup bawah puff tuuuu..cuba buat tau... sedap...cuba buka fb kak ada gmbr tu kalu tak silap..emmm...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedapnya che Mat

Watierman said...

Assalam CMG ...TQ for sharing sebab idea-idea mat ni Akak jadikan rujukan untuk diguna pakai kalau buat guna puff pastry..inti tu atas masing-masinglah...sebab macam Akak ni tak makan ayam so Akak akan gantikan dengan lauk pauk yang lain...TQ again ya CMG!

Qasey Honey said...

asslm CMG...nmpk myelerakan OPP teww...teruja pula nk mcubanya...tq yer resepi tu...

Sunah Sakura said...

mavelessss lah pcm!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

telur kenduri ada byk dlm petiais lom berusik pun... kalau rajin akak cuba ye.. mekasih mat!

cokesusu in memories.. said...

assalam.. 1st time tgk blog mat rasa best la resepinya... Hope saya bole selalu mgikutii perkembngah resepi terbaru mat..
Adiosss.. Tq mat.. Sukses selalu

cokesusu in memories.. said...

assalam.. 1st time tgk blog mat rasa best la resepinya... Hope saya bole selalu mgikutii perkembngah resepi terbaru mat..
Adiosss.. Tq mat.. Sukses selalu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.