SON IN LAW EGG....TELUR ANAK MENANTU!!...

rsz_dsc_9730
Son In Law Egg?....Erkk, sah ramai ingat mat gebu mencarut..yelah kalau tukar bahasa Melayu jadi telur anak menantu?..Pengsannn >___< haha, sebenarnya mat blur lah ni hari, aku macam pening dah tatau apa nak masak. Bukan tak masak, tapi secara jujurnya mat buat singgang ikan, lepas tu ada sawi putih tumis dengan udang kering, benda biasa sangat. Malas dah nak masukkan dalam blog. Mat ada juga salai terung, nak makan dengan sambal air asam budu. Tapi sebelum tu jangan komen apa2 ok pasal ke tidak hanseman telur menantu aku tu..haha, adehh, tatau pesal telur tu macam kecut semacam. Apa2 pun resipi ni mudah dan sedap. Mat rasa ia ada pengaruh Thai dan resipi asal dari Amy Beh. Ikut resipi, telur tu salut dengan tepung ubi, dan goreng hingga perang, lain kali mat buat, malas nak salut tepung ubi, nak goreng macam tu saja. Sos dia sedap dan mudah disediakan, cuma 4 bahan sahaja (asal 3, aku saja2 tambah 1 lagi). Sebelum kita lihat resipi, singgah dulu blog pilihan DTS hari ini, di sini. Terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur, rebus, biar sejuk dan kupas, lap kering
3/4 cawan tepung ubi
Daun bawang, cincang halus
Cili merah, buang biji dan cincang

BAHAN-BAHAN SOS :-)
2 camca besar gula melaka
1/3 cawan air
1 camca besar sos ikan (nampla)
1 ulas bawang putih, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur disalut dengan tepung ubi, kemudin goreng hingga kuning, angkat dan sejukkan. Kemudin belah dua setiap sebiji dan susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan gula melaka, dan air masak hingga gula larut. Tapis dan masukkan balik ke dalam periuk, tambah sos ikan dan bawang putih. Masak dengan api kecil hingga sos pekat. Sejukkan.
  3. Bila hendak menghidang, tuang sos (no. 2) atas telur yang telah disusun tadi. Tabur cincangan cili merah dan daun bawang. Hidangkan segera..

Post a Comment

6 Comments

  1. che mat..
    mas pun masak telur ari ni..
    buat kurma jerk..he3

    ReplyDelete
  2. hmmmm...bila nampak je tajuk ntri mat ni terus kkida clik...nak tengok camana rupanya resepi telur anak menantu...:)

    ReplyDelete
  3. As salam Mat..

    Waaaaa senangnyaaa..ni idea sangat bagus...sebab aku tgh kering idea nak masak apa ni..tp aku nk pi cr menantu dulu ye, nak minta barang 6 bijik telur hahahaha ;p

    TQ Mat..

    ReplyDelete
  4. telur kenduri masih ada lagi dlm petiais tu.. kalau rajin akak cuba ye.. mekasih mat..

    p/s: sori sbb td tersilap tulis komen pasal telur ni kat entry pasty puff di bwh.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Wakakakakkaaaa....adeeeii sabooorr je la dgn karenah budak Mat ni...sah sah x cukup tdo...haha

    ReplyDelete
  6. chemat mak sy kata kalo goreng telor rebus.. kasi cucuk cucuk manja keliling telur tu ngn garpu br cantik elok bila goreng

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.