BEN ASHAARI

Monday, March 26, 2012

LILY BUD GORENG TOMYAM..

rsz_dsc_0346
Salam semua, hari ini Isnin kan, selamat bekerja bagi mereka2 yang bekerja. Dan jangan ingat bila duduk rumah, kerja kurang. Tidak sekali. Apa2 pun yang kita buat selagi tidak menyusahkan orang lain, itu sudah cukup bagus. Ok entri pertama hari ini mat masak lilly bud goreng tomyam. Anda tau apa itu lily bud?, Kang ada yang ingat pokok bunga lily. Yang ini lily bud jenis boleh dimakan ok, bukan lily bud ragut kat tepi2 taman bunga punya . Lily buds yang segar ni kalau dikeringkan jadi lah kimcam, sebut betul2 kimcam, bukan kim chi. Kim cham yang selalu orang guna untuk masak tumis air kentang. Tu hari mat pi Tesco, masa belek2 segala maknikam sayur2 esotik, sekali ternampak lily bud ni, dan apa lagi, rembat lah 1 paket (sepeket dalam 200 gm). Bila dah beli terus plan nak goreng dengan udang tapi takmo rasa biasa2, nak rasa yang agak pedas, masam dan beraroma, jadi mat letaklah pes tomyam dalam dia dan memang kenalah dengan tekak yang tak berapa nak ok ni...Masak dia pun sekejap, balik2 saja dah siap, cepat dan mudah...

Ok, untuk nak nampak lebih jelas rupa "Lily Bud" segar, rupa seperti dalam gambar di atas...comel2 kan.. (^__*).. Ok resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram Lily Bud
1 genggam isi udang, cuci dan tos
10 biji cili padi merah, dititik
1/2 camca besar sos tiram
3/4 camca besar pes tomyam (jenama apa, terpulang pada anda)
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris halus
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci lilly bud dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi titik hingga harum, masukkan sos tiram, pes tomyam dan udang, kacau rata dan masak hingga udang bertukar warna.
  2. Tuang air dan masukkan sedikit sos ikan. Kacau rata dan tambah lily bud, kacau rata, guna api besar. Masak hingga lily bud lembut sedikit tapi masih rangup. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...

8 comments:

Sunah Sakura said...

peliknya..pestime tengok..huhuhu

ogyep yummy mellow said...

CMG, ogyep x pernah Makan Lily Bud ni... rasanya itself camne ya? Cara mask, dah mengancam dah.. I learnt something today. Tq

Sari Yusa Ibrahim said...

yang pelik2 ya, teringin gak.. nanti cari kat Tesco... ilmu baru ni..

Jaja said...

tak penah tgk dan tak penah mkn...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak pernah makan dan jumpa.jakunnyer rasa diri ni.huhu.baru tau kimcam yg segar tu rupanya mcm ni.ooooo...mmg x blh nk bayangkan rasa dia mcm mana..huhu.rangup2 ke..lembut2 ke.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau kimcam atau bunga lily kering tu mmg pernahla mkn.. lily bud ni pernah tgk gambar je tp tak pernah mkn... apa rasa dia ye mat? akak bayangkan rangup2 jer.. hehehe.. kalau terjumpa nak try gaklah..

wani77 said...

ini sayur yg famous kt cameron highland..dulu ssh nk jumpa kl..skrg dh ada hr tu tgk kt jusco sedap..masak tumis bwg pun sedsp..

SitiAhyat said...

Penah tgk dokumentari. dah lama dah. tgk cara dorg tanam smpai ke meja mkn.nmpak mcm sedap, yg tukang mkn tu pun kt sedap. tp tu la, susah nak jmpa kat area shah alam ni. nak kena g pasaraya la camni. cari