GULAI KETAM DENGAN TIMUN

rsz_dsc_0209
Ketam lagi, dah musim ketam pulak di DTS. Kalau sebelum ni entri Singapore Chili Crab, kali ni kita berbalik ke alam melayunya masakan pulak. Atas permintaan tuan yang terutama, mat masak gulai ketam dengan timun, atau masak lemak. Sebab tuan terutama tak tahan pedas, mat hanya guna cili hidup saja. Kalau pedas lagi bess....tambah cili padi..perghh!, berasap beb lubang telinga semua. Masak gulai ni senang, ada beberpa aspek yang menjadikan masakan anda sedap, selain makanan laut kena segar, santan juga memainkan peranan penting, kalau boleh gunakan yang segar. Selain herba2 seperti serai dan daun kunyit. Bahan2 rempah juga amat penting selain bahan perasa seperti garam dan gula (atau ada yang guna serbuk perasa, yang ini terpulang tapi mat tak galakkan). Gulai macam ini juga sesuai dicampur dengan sayuran2 terpilih, antaranya timun, belimbing, rebung, kacang panjang atau pun umbut kelapa. Resipi seperti di bawah..

BAHAN - BAHANNYA :-)
5 ekor ketam bersaiz sederhana
2 biji timun
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pari santan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit keras. Kaki2 kecil dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Jika ketam besar, kerat dua. Cuci bersih dan toskan. Timun dibuang kulit, kerat 3 setiap satu, kemudian belah 4 setiap keratan. Jika biji2 timun agak besar, buang sedikit. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan ketam, serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan didihkan hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor. Tuang pati santan dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masuk daun kunyit dan akhir sekali timun tadi. Didihkan sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..

Post a Comment

6 Comments

  1. Assalam Mat, apa kabooorrr? Waaaah masak ketaaaammmm....sedapnyaaaa... Nak-nak isi dia yg kat dalam kaki tu haaa...ni mau patah gigi akak gigit shell tuh...kena sediakan penukul la kat sebelah eks...hehe

    ReplyDelete
  2. Saya memang suka ketam masak lemak macam ni, kalau guna cili api, bukan setakat telinga berasap, bibir pun rasa tebal jer, hehe. Tapi Cik Abang lak lagi suka chili crab, tapi sape yang masak, dialah yg menang, hiks!

    ReplyDelete
  3. As salam Mat..

    *now aku takde mood, sakit hati pun ada, makan hati pun ada, semuanya adaaaa,dr malam td Mat,huhuhuhuhu...

    Tapii hrni mcm OK dah sikit, bila nampak ketam ko, terus terasa masuk sini, nampak sedap, aku pun dh lama x makan ketam, sini susah la nk cr, klu ada kecik sangat, x puas makann..huhuhu

    ReplyDelete
  4. perhhh..pengsan tengok..
    sedapp tu...
    lama dah tak buat gulai ketam gini....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.