BEN ASHAARI

Wednesday, March 7, 2012

LEMPENG BAWANG GORENG....

lempeng
Assalammualaikum, selamat pagi. Dah sarapan?.. Hari ni mat saja lah letak satu entri sarapan yang biasa. Tiba2 macam nak makan lempeng pulak. Lempeng biasa2 saja, lempeng pekak, tapi kali ni tak berapa nak pekak sangat. Mat letak bawang goreng dan hirisan halus daun sup. Saja lah nak bagi sedikit perubahan, kononnya ada istimewa sikit lah. Lempeng macam ni banyak kelebihannya, anda boleh cicah dengan apa yang anda suka. Tapi kalau buat lempeng pekak betul2, maksudnya takde bawang goreng, cuma lempeng tepung sahaja, yang tu lagi lah versatile, boleh cicah apa sahaja yang anda suka, samada manisan (serammnyaaa) dan juga kuah2 kari, sambal tumis atau kuah gulai..semua ok.

lempeng A
Mat buat dalam 1 1/2 cawan tepung sahaja. Selain untuk sarapan, buat masa minum petang pun sesuai juga. Pstt nampak petai tak?...Hmm, sambal tumis petai dengan udang. Yang tu bukan mat buat baru, tapi tu hari punya. Tak habis, mat simpan dalam freezer, kasi beku sama dia, bila nak makan, panaskan sahaja, dahhhh boleh cicah dengan lempeng. Senang keje.. Mat ucapkan terima kasih pada semua, hmm tengah nak menyesuaikan keadaan diri, huhu, takpe lah bersabar dan insya Allah semuanya akan berlaku dengan baik...doakan agar ku diberi kesihatan dan keupayaan untuk berblog seperti biasa... Kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air atau secukupnya
1 biji telur
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Garam secukup rasa
1 genggam bawang goreng, diramas hancur
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sambal tumis atau sos kegemaran anda sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali mentega, garam dan bahan pencicah. Kacau hingga sebati, masukkan mentega dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata dab rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci atau ikut saiz non-stick pan yang anda ada. Lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1 1/2 senduk adunan dan ratakan (kalau pan anda kecil, pepandai leer agak banyak mana nak letak).
  3. Masak hingga permukaan lempeng nampak pucat, kemudian terbalikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan lakukan kaedah sama dengan baki adunan tadi. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal atau sos penciciah kegemaran anda...

17 comments:

cik yan dearie said...

sedapnye cik mat.. lempeng oh lempeng.. terbaekkk!!! hehe

CT Delima said...

As'salam Mat

Baru semalam k.ct tegerak nak makan lempeng kelapa Mat, tup2 ari ni dah keluar lempeng bawang dari Mat. memang sedaplah kena dengan sambal tumis atau cecah asam pedas ni Mat :)

MamaFaMi said...

Sabarlah wahai hatiku.. esok nak check darah, controllah makan hari ini ye wahai perutku....

Gee® said...

Wow!! terlior...

Saya Disini said...

sedpnye

CitarasaKu said...

Salam....En.Mat masak apa pun nampak sedap...lempeng pun nampak cantik dan buat kita terliur nak makan.

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Selamat pagi..
Semoga sihat dan baik2 aja ya :)
Asalkan lempeng sya suka ;)

Qasey Honey said...

sedapnya...

lieynanilaz said...

saya paling suka makan lempeng lagi2 yg pekak...hehe.

Abhamz said...

assalam, tentu best makan lempeng dgn sambil tumis udang petai....

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Tadi Naz bukak blog ko, dia bgtau aku, sedapnya lempeng cik Mat, aku terus kata, cik Mat tu buat apa semua nya sedap! huhuhu

*Sabtu ni nak lempeng boleh? hehehehehe

AzNuRuL AzMaN said...

nape nampak cantik dan sedap sangat lempeng tu..terus lapar..lempeng tu macam memanggil2 pulak..makanlah aku makanlah aku..............

IeRA said...

Salam

Simple tapi membangkitkan selera...

Ummiakid @ lily said...

mmg best lempeng ni...

Sari Yusa Ibrahim said...

lempeng fav sy CM, pekak tak pekak sy bedal! hehehe..

Zie said...

nAMPAK link ni kat JELITA Mac.. emm best lah ... macam2 ada...

Rozuan Ismail said...

sambal petai ke tuh.sedapnya =)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.