ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG..

asam pedas ikan parang goreng
Entri yang tadi mat gebu nya lauk. Yang ini pulak big boss nya. Asam pedas ikan parang, tapi digoreng embal2 sikit sebelum dimasak. Itu atas permintaan, kita ni buat saja lah, jangan bantah. Jadi mat masak asam pedas ni dulu, lepas tu baru masak singgang serani. Seperti biasa, jika ada nenas, mat letak nenas, kalau takde nenas letak lah apa2 saja yang dirasakan munasabah, jangan masukkan batang ubi sudah lah. Ikan parang ni saiz dia agak besar, jadi mat belah dia. Nak belah ikan parang masa dia masih agak keras, jangan tunggu dah lembik, nanti habis semua isi dia terburai. Kena simpan dalam freezer dulu. Kalau anda suka nak letak daun kesom pun ok, tapi mat letak bunga kantan sahaja. Bab ikan tu terpulang, kalau anda tak nak goreng, pun takpe. Entri ini amat biasa dan tiada yang istimewa...Jadi mat terlebih dahulu minta maaf sebab ini sahaja yang mat masak dan boleh mat masukkan ke blog DTS. Terima kasih pada mereka yang sudi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 keping ikan parang. cuci bersih, lumur sedikit garam dan sebuk kunyit, goreng embal2
1/2 biji nenas madu, dipotong pada saiz sederhana
3/4 cawan jus asam jawa
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Air secukupnya
2 senduk nasi cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan masak hingga garing, gunakan api sederhana. Masukkan nenas, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan kacau rata. Masuk bunga kantan dan ikan tadi. Tuang jus asam jawa, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biar 1 - 2 jam untuk mendapat rasa yang lebih mesra..

Post a Comment

7 Comments

  1. wowo!! ikan prang goreng asam pedas pun ado.. nyum3

    ReplyDelete
  2. org johor suka asam pedas.....tp bunga kantan kt sini mahal bebenor, blkng rmh kakak akak free je.

    ReplyDelete
  3. salam mat..
    jenguk mat be4 8a.m hari2...
    ikan parang memang sedap masak asam pedas..budak2 jer tak suka mkn..bnyk tulang,,,tercekik kang naya lak..huhu..

    ReplyDelete
  4. assalam, kejap-kejap ni rasa nak pekena masak asam pedas kat Restoran Asam Pedas di Taiping.

    ReplyDelete
  5. As salam Mat...

    Idea baru ni, aku tak pernah goreng ikannya masak asam..nnti nk cuba, mesti tulang dia tersusun tak hancur kan...thankx Mat...

    ReplyDelete
  6. Berminat dgn resepi ini sila ke http://www.resepicakoi.com/hop.php?ref=ziemissa

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.