SINGGANG SERANI.....PROJEK 100 BLOGGERS..

singgang serani A
Assalammualaikum, salam siaran. Maaf, dah lewat petang baru sempat menampakkan jejak di DTS. Mat sebenarnya agak kurang sehat dari segi mental dan insya Allah dengan izinnya mat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sama2 berdoa yea. Ok lah entri mudah ni mat pasti anda dah banyak kali lihat ianya dimasukkan ke blog DTS. Singgang serani ni sesuai kalau anda kurang sehat, sebab dia ada rasa pedas2 masam. Mat guna ikan tongkol, kalau guna ikan pari pun sedap, takpun ikan kembong, pun sesuai. Entri ringkas jadi mat takde apa sangat nak cerita cuma mat nak war2 kan satu berita bagus untuk semua blogger. Blogger Broframestone, menjalankan satu projek yang diberi nama "Projek 100 Bloggers", projek apa tu? Ini very sepesel nya projek, hanya untuk bulan ini sahaja!!...boleh baca kat sini untuk mengetahui syarat2 yang lebih lanjut. Selamat berjaya untuk semua. Ok sekarang resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tongkol, atau apa2 ikan pilihan anda, cuci dan toskan
1 biji terung, belah 2 dan potong serong sederhana tebal, rendam
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
20 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk halus hingga harum, tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna).
  2. Bila mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan, masak sekejap, masukkan terung (toskan). Tambah garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga terung masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.....berasap beb!!

Post a Comment

6 Comments

  1. wan pon dah join projek broframestone

    ReplyDelete
  2. Mari kita sama2 join mat!!

    P/s: Salam mat..slalu skodeng kat sini tp arini tingin plak nak drop komen..hihihi

    ReplyDelete
  3. @ Rozuan - yearghhh..kena bagi sokongan, pcm tak join, cuma kasi war2 kan saja.. ^__^

    @ mak lagenda - terharu..sebab "mak lagenda" sudi komen...betul2 lagend nihh... terima kasih..

    ReplyDelete
  4. klu singgang...terigt la dalam pantang...

    huk huk huk

    ReplyDelete
  5. Family jawa selangor panggil 'pindang serani'. sedapnya...kadang2 mak masak tempe pindang serani. putong serong besar2.. sedap..nyaman..boleh hirup2 & 'jambal' tempe yang fresh :)

    ReplyDelete
  6. As salam Mat...

    Sakit2 kan, tambah cuaca panas, sedapnya dpt hirup kuah dia kannn....ermmmm

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.