Assalammualaikum, salam semua. Patut ini entri semalam, tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Semalam mat buat mango mousse, kebetulan abang mat bawak balik buang mangga, dan bila nampak tu mula lah idea tak menghengat semua keluar. Dan satu idea yang mat rasa paling mudah, paling cepat dan sedap, semestinya mousse buah mangga atau mango mousse. Resipi asal mat dapat kat sini... Tapi mat buat lah sedikit perubahan, mengikut kesesuaian apa yang ada. Bukan apa, kadang2 kita dah boleh dapat agak rasa sesuatu masakan. Contoh macam dalam resipi mousse mangga ni, kalau ikut resipi asal, disyorkan penggunaan 1/2 cawan gula aising untuk 2 biji buah mangga. Mat dapat bayangkan, ini mungkin agak manis, sebab buah mangga tu sudah sedia kala manis. Jadi mat hanya guna 1/3 cawan sahaja (dan mat guna gula kastor). Yang lain tu tak buat apa2 perubahan. Bukan lah nak kata "derhaka" resipi sangat, cuma kita perlu guna akal yang logik bila membuat sesuatu. Kecuali teknik2 membuat tu seelok2nya kita ikut lah, insya Allah pasti akan dapat hasil yang boleh dibanggakan...Ok kita lihat resipi di bawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji buah mangga yang masak ranum, kupas kulit dan ambil isinya
1/3 cawan gula kastor
1 camca besar jus lemon
200 ml whipping cream, disejukkan
1 camca besar gelatin halal (mat guna jenama NONA)
1/4 cawan air panas (mat tambah lagi 2 camca besar)
Isi buah mangga segar yang didadu, untuk hiasan
Daun pudina, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan isi buang mangga, gula halus dan jus lemon ke dalam blender, dan kisar hingga halus. Kemudian tuang dalam tapis dan gunakan spatula, tekan perlahan, tujuan menapis untuk mengasingkan jika terdapat serat2 buang mangga tadi (part ni ikut suka, nak tapis boleh, tak tapis pun boleh...tapi mat gebu tapis..tu je nak kata...sekian). Ketepikan.
- Masukkan gelatin kedalam air panas, kemudian kacau hingga gelatin larut dan bertukar jernih. Tuang ke dalam puree buah mangga tadi, kacau hingga rata. Ketepikan sebentar.
- Masukkan whipping cream sejuk dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi hingga whipping cream kental. Tapi awas, jangan terlebih putar, nanti ia akan mencair. Kemudian masukkan no. 2 tadi, gunakan spatula, gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati dan rata.
- Tuang dalam bekas sesuai, yang ni terpulang sama ada nak tuang dalam mangkuk2 comel macam mat guna, atau anda nak guna gelas berkaki dan sebagainya. Dinginkan dalam peti sejuk sehingga mousse kental. Hias dengan isi buah mangga yang didadu dan selitkan dengan daun pudina. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut....hmmm, serius seksi sangat!!...
21 Comments
sedap nye, sy pon ad beli mangga itu hari. kuning gile mangga nye.tp tk berkesempaatan plak nk wat mcm ni .
ReplyDeleteNyaman dipandang, apatah lagi menikmatinya..
ReplyDeletefuhhhh lepas makan kalau dapat pencuci mulut macam ni baru rasa lengkap kan
ReplyDeleteAs salam kekanda ku Mat..
ReplyDeleteWaduh2/...sejuk mata dn tekak ku melihat...huhuhu
*Msh dlm pantang ais tp aku ni jenis 'pantang jumpa' huhuhuhu
sedapnya abg mat.......menarik...
ReplyDeletehuhuh..sedapnya.kalo buat utk org sakit ni selera kot..hehhe
ReplyDeletegambo lawa sgt. Buat meleleh...seb baik tak pegnen. Hehehe
ReplyDeletesubhanallah...menggodanyaaa... telan air lior sudah...
ReplyDeletePCM ni presentation makanan jek dah tahap masterchef...saja jek menggoda nafsu makan.tsk
ReplyDeleteche mat...meleleh dibuatnye dgn mango mousse ni......uwaaaaaa
ReplyDeletefuhhhhhhhh...sungguh² tergoda...sesuai dek skg ni cuaca panas le sgt...
ReplyDeleteChe Mat
ReplyDeleteNampak sedap dan cantek!
sdpnya.... btw, just a pics.. http://amirah-hassan.blogspot.com/2012/03/kalau-dapat-ni.html
ReplyDeleteperghhh! menggoda's!!!
ReplyDeleteAssalam Mat, apa kabor...kalau la dpt dikirimkan jugak ke dapur akak yang dah bersawang2 ni...alangkah bagusnya... ^__^
ReplyDeleteohhooo... sungguh menyayat hati sebab tak dapat semangkuk..
ReplyDeletemmmm...menggiurkan!
ReplyDeletesedap mangga nih... meleleh!!!
ReplyDeletesalam mat gebu..sy blogger yg baru belajar menulis blog..sy dh jd follower mat..harap mat sudi jd follower sy gak.. thanx.. ^_^
ReplyDeletehttp://lifeiswonderful-sunshine87.blogspot.com/
Arghh xsabar nak balik buat!!
ReplyDeleteMat gebu ...
Chenta print out resipi yerr ..
halal tau!!
Cmg..saya buat mousse ni,tp tukar mngo kepada strawberry..tgah tunggu kental tu..terima kasih ya..
ReplyDelete