BEN ASHAARI

Monday, March 19, 2012

KEK SUJI MANGGA KAS-KAS

Kek Suji Mangga
Asaalammualaikum, lama juga kan mat tak baking. Bukan apa, anak2 sekarang ni kan sekolah, ada yang balik ke asrama, jadi takde sapa nak makan. Mat pun tak boleh dah nak makan kek2 ni terlampau bahaya weyyy...ada kang mati cepat!!!.. Jadi kalau ada yang makan, baru lah buat. Cuma satu jelah, kalau lama tak baking, dia jadi gian, tangan rasa gatal. Kita tak makan pun takpe, janji dapat baking. Grrrr..masalah betul si mat gebu tu. Lain macam beno peel dia. Yang ni mat buat semalam, rasanya resipi kek suji ni dah ada di DTS. Oleh sebab nak kan kelainan, mat oter sikit, siapa kata kek tak boleh dioter dikkkk....Boleh, cuma hagak2 jee lah, jangan over the limit, kang tak jadi, dah rasa down, betul tak. Kita kena pandai lah, contoh cecair, kalau kita ganti dengan susu atau jus buah2an, baru lah masuk akal..ada betul kaaa adik manisssss?...

Kek Suji Mangga 1
Untuk kali ini mat buat sedikit perubahan dan penambahan. Kek suji yang biasa tu mat tambah perasa mangga, yang tu mat guna bes minuman sunquick perisa mangga dan nak nampak cute lagi, mat letak 1/2 camca besar kas-kas atau omputeh panggil poppy seeds, tapi AWAS yea bagi mereka2 yang dok diam di Singapura, kas2 atau poppy seeds adalah haram di negera anda, jadi boleh lah anda abaikan saja kas2 tuu. Kek ini buat dia mudah, dan teknik dia ada sedikit berbeza dari kek2 biasa. Ianya lembap, lembut dan tak manis. Sesuai untuk minum petang atau jamuan2 kecil atau jamuan teh tinggi. Dalam gambar tu mat buat 1/2 dari resipi asal di sini, dan mat guna tin 4 segi comel bersaiz 6 inci x 2.5 inci x 3 inci. Kalau resipi asal anda boleh guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 7 inci x 7 inci x 3 inci..Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti (Anchor)
85 gram gula halus
85 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
Secubit garam halus*(*disatukan dan diayak)
50 gram suji (atau semolina)
2 biji telur gred A
50 ml susu segar
1/2 camca besar kas-kas (atau poppyseeds)
1 camca besar bes minuman sunquick perisa mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Satukan suji dengan tepung yang telah diayak, gaul rata. Satukan juga telur dan susu, kacau rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + suji tadi berselang-seli dengan bancuhan telur + susu, hingga habis. Putar sebati. Masukkan perisa mangga dan juga biji kas-kas. Gaul rata menggunakan spatula.
  3. Tuang dalam tin dan ratakan. Bakar 35 - 40 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate atau cake tester, jika keluar bersih tanda kek anda sudah masak. Sejukkan kek atas jaringan. Ayak permukaan kek dengan dusting powder sebagai hiasan. Boleh hidangkan...

5 comments:

ummiaisyah said...

knp kak-kas ni hrm kt spore Mat? anyway kek Mat tu mmg gebu nmpknya..

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Oooo pelik tp benar ya...aku agak klu bt pakai kas-kas tu kek jd merah tp menjadi laaa..
Aku nk srh Mak aku jgk bkk blog ko..kekekekeke

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak pernah cuba guna kas-kas dlm masakan...menarik bunyinyer.nak blajar cari nnt blh cuba resepi ni pula.dah blh agak kek sugi mmg mengancam rasanya. nyum3

azila said...

nampak sgt sedap dan gebu..huhuh.nakkkk:)

aliza kamal said...

Salam.nampak menarik dan sedap.mmg kene cuba ni.nak tanya pendapat..apa topping yg sesuai utk kek ni selain dr gula icing? Cream cheese ok x?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.