BEN ASHAARI

Monday, February 20, 2012

SAMBAL HITAM PAHANG...BUKAN DARI AFRICA.

rsz_dsc_7448
Hitam-hitam si tampok manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis, macam tu lah bolah diibaratkan dengan sambal hitam pahang ni. Mat sebenarnya teruja nak buat lama dah, cuma tak berapa nak rajin, lagi2 bila bayangkan nak merebus belimbing buluh hingga bertukar jadi hitam. Rasa dia sedap dan seakan2 serunding, pada mat lagi pedas lagi bess. Mat rebus dalam 4 jam lebih, guna api kecil. Berdasarkan dari blog Madiha, belimbing perlu direbus TANPA AIR, maksudnya, biar belimbing tu keluar jusnya sendiri. Masa mula2 letak belimbing tu, mat tutup periuk sekejap bagi dia berwap dan cepat berair. Kemudian baru mat bukak dan masak dengan api terkecil dan kacau sekali sekala. Cuma bila belimbing mula menghitam dan jusnya mula berkurangan, kita perlu kacau kerap, 1 - 2 minit sekali, kalau tak nanti hangus. Bila siap, ia kelihatan seakan2 asam jawa. Gelap kecoklatan. Buat lebih dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Resipi mat ambik dari blog Kak Ayu Singapore dan beliau pulak ambik dari blog Madiha, dan Madiha pulak dari bonda mertua beliau..betul2 resipi warisan ni....Syukur alhamdulillah atas kesudian berkongsi resipi dengan kami2 semua...moga perkongsian ini akan dibalas dengan pahala berlipat ganda, insya Allah....ameeennn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
  3. UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba!!..

22 comments:

eeiyss said...

wah.. macam menarik ni...

Eyriqazz said...

fuhhh..nampak menggiurkan dan lain dari yang lain...

Citarasa Rinduan said...

ayu ada sytok belimbing.. yuhuuuu.. thanks cmg

mas saari said...

suka sambal ni!!
dulu masa arwah mak ada, dia selalu buat.. mesti ada simpan stok kat rumah!

mamaijat said...

....adohai....meleleh air lior mamaijat...
nilah resipi yang paling ditunggu2...
makan ngn nasik panas..yang agak2 lembik sikit...
huh!best sesangat...
kalau ada gulai ikan patin asam tempoyak..lagi best!!!

Salmi Khairil said...

kat rumah mak memang ader pokok belimbing buluh nie jadi dulu masa arwah ayah ader selalu arwah kutip belimbing nie time buah tengah banyak tu n rebuskan..masa rebus tu punya lah banyak, biler dah siap separuh jer yang tinggal, sebab kecut.. mak selalu buat ikan kerisi masak belimbing hitam ...sedapnya..

la dolce amira said...

xda resipi che mat yg nmpak xsedap.. sume besh2 belake..
jemput la dgt ke blog kecil saya
http://amirah-hassan.blogspot.com/2012/02/simple-tapi-sedap.html

hunny pie said...

sambal yang hanya ader kt pahang.. nak2 kat kat kuala lipis..
kalau balik kampung ari2 buat.. kalau x goreng pun sodap makan mentah camtue..
air rebusan belimbing buluh sedap wat cicah ikan bakar.. hehehe

ika~~ said...

dh lma searching resepi ni!!
thx mat gebu.nak cuba lah nanti ;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mekasih mat sudi mencuba... resepi warisan/tradisi memang patut diketengahkan kepada generasi baru supaya ia tak luput di telan zaman.. mudah2an.. ramai yg boleh merasa & mencuba sendiri dengan resepi ni...

simanis said...

Hitam jangan disangka arang,
Walau berkilat jadi pujaan,
Hitam sungguh si sambal Pahang,
Makan nasi menjilat pinggan...

Hitam sungguh si sambal Pahang,
Makan nasi menjilat pinggan,
Agaknya Mat nak jadi orang Pahang,
Sedap sungguh menu pilihan...

~SiManis~
syima.com

Unknown said...

Tak pernah campur dgn kicap masa goreng sambal ni.. just belimbing cili bawang merah ikan bilis.. mkn mentah pun sedap sbb lg terasa pedasnye.. mak biasa buat.. favourite sekeluarga.. tahan lama kalau digoreng.. mkn dgn roti kosong pun sodap..

Unknown said...

Tak pernah campur dgn kicap masa goreng sambal ni.. just belimbing cili bawang merah ikan bilis.. mkn mentah pun sedap sbb lg terasa pedasnye.. mak biasa buat.. favourite sekeluarga.. tahan lama kalau digoreng.. mkn dgn roti kosong pun sodap..

BUNDA a.k.a KN said...

pernah dengar tentang sambal hitam ni..popular kat pahang katanya..tapi tak pernah jumpa tak pernah makan, rasa teringin sangat..

MàmàMŃÎÂ said...

Mmg sedap..tp biasa beli je..kt fb ada..search cyecah-cyecah..
Sedap wooo...

MàmàMŃÎÂ said...

Mmg sedap..tp biasa beli je..kt fb ada..search cyecah-cyecah..
Sedap wooo...

Rosma said...

Guna belimbing buluh hijau ke kuning....

lyzafyzra said...

Nak cuba!!!!! In sya allah jd...heheh

Norhana Isnin Shoppe said...
This comment has been removed by the author.
Abd Rauf Hamzah said...

Bahan2 tu x boleh blender jer ker

D'Umairah.Blogspot.Com said...

nmpk mcm yummy...mohon share ye

Siblings Homemade said...

salam, kami ada menjual sambal belimbing ini,jika berminat, anda boleh order dengan kami.anda boleh lawat fb kami : https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037 atau blog kami siblinghomemade.blogspot.com