BEN ASHAARI

Sunday, February 5, 2012

ROTI JOHN LAGI.....JOHN TAK KESAH.

rsz_dsc_6209(1)
Salam semua, jomm menyantap roti john... Si John pun tak kesah dah, dia sendiri dah jemu. Mat sebenarnya buat 2 hari lepas, hmm, ingat mula2 malas nak masukkan dalam entri, tapi rasa sayang pulak, baik masukkan jelah, sekurang2nya boleh tengok balik bila bosan2. Kita bila menyediakan satu resipi walaupun ia ulang tayang, hasilnya ada kala tak sama, walaupun rasa sama. Bergantung pada bahan2 yang kita guna pada masa produk itu dihasilkan. Resipi ini mudah dibuat, mat guna roti yang seakan2 roti perancis tapi kontot sikit dan tak keras sangat, nama dia Baton, ada jual di Tesco. Kalau guna roti perancis pun boleh. Mat rasa ini sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk sarapan pun ok, untuk minum petang pun sesuai. Resipi yang mat buat ni, boleh makan 2 atau 3 orang. Anda boleh guna apa2 sos kegemaran, samada sos tomato, sos cili, mayonnaise, seribu pulau, mustard atau apa saja...ikut suka memasing. Ok kita lihat resipi dulu yea....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 keping daging ayam burger jenama Ramly, hancurkan
1 biji bawang besar, didadu
1 camca besar rempah kari daging ( rempah Baba's)
1/3 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2-3 camca besar air
1 pokok daun bawang, hiris
Garam secukup rasa
Secubit gula

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 biji roti "baton" (atau roti perancis kontot), dibelah dua
2 biji telur
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Daun salad secukupnya (mat guna salad "butterhead)
Sos kegemaran anda
Sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Tuang air dan masukkan daging burger ayam tadi. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga kering. Masukkan mix vege, serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK ROTI :- Dalam satu mangkuk, masukkan bahan inti, telur dan hirisan daun bawang, kacau rata. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun, berhati tuang bancuhan inti + telur + daun bawang tadi, kecilkan api dan masak hingga permukaan kelihatan kental. Ambil roti baton yang telah dibelah tadi, bukak dan tangkupkan atas bahan inti. Tekan2 sedikit dan biar hingga inti masak. Matikan api dan alih roti yang telah melekat dengan inti tadi ke dalam pinggan.
  3. UNTUK ROTI JOHN :- Ambil bahagian bawah roti, susun daun salad, kemudian tomato dan timun. Paipkan sos kegemaran anda. Ambil roti bahagian atas pula dan tangkupkan. Boleh dipotong pada 2 - 3 bahagian dan hidangkan.

11 comments:

Sam Banjamin said...

nyum2... terbaik... copy paste resepi ye... nak try buat... roti john... john pun tak kisah...

H.J said...

menyelerakan ni abang mat

Kalamhati said...

waduh-waduh melets lagi..huhuu

Shasha Catering said...

Bagus jugak ni untuk breakfast.
Lama dah tak makan ;)

Scarlett O'Hara said...

Mesti cuba ni!tq mat sebab share.Ulang banyak kali pun tak pe punya!

Rozuan Ismail said...

pergh,kena g sedenak ni

Patrick Star said...

lepas ni dh xpayah susah2 pegi pasar mlm beli roti john..hehe

Blog Rilek-Rilek

Norasiah Nasir said...

Chef Mat Gebu..kalau xde myk zaitun tu..leh guna myk biasa x?...myk zaitun mahal lerr.... :)

Puan Fifiey said...

kalah SUBWAY...

Eryati said...

laku la roti john ni d mana2...siapa john ni erk?

Mat Gebu said...

@ norasiah Nasir - bolehhhh..guna minyak masak biasa pun ok..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.