BEN ASHAARI

Monday, February 20, 2012

KUEH BENGKA UBI ALA NYONYA....

rsz_dsc_7404
Petang Isinin semua...Semalam tak tiada apa2 entri di blog DTS....sebab mat tak masak. Hari ni mat letak satu entri dulu, yang lain2 tu kalau sempat mat letak. Kenapa mat tak update semalam?...Hmm, pagi tu memang mat plan nak masak dan masukkan dalam DTS, tapi sebab barang dapur banyak yang dah habis, maka kenalah pi belanja, tempat biasa2 saja, Econsave dan Tesco, seriously Mydin not my choice, tatau pesal, ntah macam tak bess je, tapi ada barang yang takde jual di Econsave atau Tesco, ada di Mydin, maka terrr paksa lah sekali2 pi juga. Jadi bila balik tu, kaki ku sudah rasa amat2 lenguh..jadi cuti lah masak. Bercerita pasal entri hari ini, gara2 mat mengidam sangat nak makan kueh bengka/bingka, malam tadi mat buat juga, itu pun sebab ubi parut dah ada. Kali ni mat buat gaya peranakan, tak guna gula melaka. Resipi mat dapat dari satu buku masakan orang2 peranakan...erkk, apa eks nama buku tu, adeh tak ingat dah, sebab mat salin dalam kertas saja...

rsz_dsc_7432
Hmmm, sedaplah kueh bengka ni (ejaan dari buku tu ikut gaya peranakan). Lagi sedap bila permukaan kueh dibakar hingga sedikit berkerak....masya Allah, punya lah wangi, satu rumah mau dia semerbak. Buat dia mudah, tapi bahan2 kena ada lah. Yang ni mat guna santan kotak, kalau santan segar, lagi sedap. Buat pun dah malam, malas nak pi kupas kelapa dan parut. Kueh ni mat bakar dalam oven guna api atas dan bawah, dan bila kueh masak (bila cucuk dengan lidi sate, dia keluar bersih), mat tukar pada api grill dan biar hingga permukaan kueh berkerak sedikit, tapi bukan hangus, cuma nampak garing dan coklat keemasan. Biar kueh sejuk betul baru potong.... Ok sebelum lihat resipi mudah ni, kita lihat entri pilihan DTS di sini, pada mat ia amat berguna sebagai panduan pada semua blogger...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram parutan ubi kayu
70 gram parutan putih kelapa (pilih yang kulit basah)
225 gram gula halus
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh pewarna kuning
250 ml pati santan
2 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil. Biar berlebih sedikit pada kiri dan kanan tin, agar senang untuk mengangkat kueh keluar nanti. Lenser aluminium tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan ubi parut, garam bersama kelapa parut. Gaul rata dan masukkan ke dalam mangkuk besar, ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan gula, telur dan santan, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang ke mangkuk berisi ubi dan kelapa parut tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan esen vanilla, mentega cair dan pewarna kuning, gaul hingga sebati. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kueh yang perang, tukar api oven pada fungsi grill bila kueh telah masak dan bakar 5 - 7 minit atau hingga mendapat tahap kegaringan yang anda gemari. Sejukkan kueh sebelum dipotong. Boleh hidangkan...

13 comments:

JIJI YU said...

beraer mulut saya

Mat Gebu said...

@ jiji - alaaaa...jauh lah nak bagi jiji....siannyaa anak manantu aku nih.

Masya said...

nasib baik mak baru bekalkan jumaat hari tu.. xdelah terliur sgt tau..

misz uzmy said...

ok masih resepi oven lagi...huhukkk oven dah meletop...

terliur je laaa nampak gayanye..

kakchik@ella said...

sebijik ala2 kueh nyonya, cik mat. kat kl ni cik mat, kueh nyonya mahalllll sgt2.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer...terliur saya

cik cek said...

Cik Mat..akak nak tanya...parutan ubi tu tak perlu diperah buang airnya ke....

Rozuan Ismail said...

kuning die tuh memang betul2 menarik phatian

lemongrass said...

Boleh try test cuba buat bengka ubi peranakan ni. Mat Saleh kat rumah ni boleh pulak tersuka makan bingka ubi yg sempoi2 tu. Kalau bagi yg ini, mau lah seloyang tu dia abiskan sorang gamaknya, hehehe.

lemongrass said...

Boleh try test cuba buat bengka ubi peranakan ni. Mat Saleh kat rumah ni boleh pulak tersuka makan bingka ubi yg sempoi2 tu. Kalau bagi yg ini, mau lah seloyang tu dia abiskan sorang gamaknya, hehehe.

Yatie said...

terliur tahap gaban ni.....nak gali ubi kat mana pulaklah ni...

noorhayati harun said...

ee..sedapnya..dah minta mak buatkan tapi nak pos dari Penang takut rosak..uwaa..ngidam nie...nak buat cam malas jew...adusss....

Marianah Florence said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.