BEN ASHAARI

Sunday, February 12, 2012

KEK GULUNG CHEESE NEOPOLITAN..

rsz_kek_gulung_cheese_neopolitan
Untuk entri terakhir malam ni, mat letak satu lagi resipi yang disiarkan di majalah Jelita Februari 2012 tempoh hari. Kek mudah dan senang dibuat ni, mat gulung dengan krim cheese yang diputar dengan sedikit mentega gula aising, jus dan parutan kulit lemon. Mat guna tepung segera atau tepung sponger mix. Kek ini sesuai untuk minum petang dan juga majlis2 kecil. Perihal cream cheese tu, anda boleh juga ganti dengan apa2 benda yang anda fikit sesuai, jem dan seri kaya juga boleh digunakan. Sedia maklumlah kan, ada juga yang tak makan cream cheese. Pastikan anda guna pisau yang tajam untuk memotong kek ini, dan untuk mendapat potongan yang kemas, simpan kek dalam peti sejuk sekejap. Ok, tu saja lah, kita lihat resipi dan mat ucapkan terima kasih pada yang sudi singgah ke DTS.... ^__*

BAHAN-BAHANNYA :-)
155 gram tepung optima
3 biji telur gred A
35 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh pewarna makanan unggu violet
1/2 camca teh pewarna makanan merah jambu

BAHAN KRIM CHEESE :-)
180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 camca teh lemon jus
Sedikit parutan kulit lemon
Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 - 2 camaca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin berukkuran 11 inci x 11 inci x 1 inci dengan kertas minyak, biar lebih sedikit agar senang untuk mengalihkan kek nanti. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung optima, telur dan air kedalam mangkuk adunan, putar perlahan hingga semua sebati, kemudian tinggikan kelajuan dan putar hingga kembang ( 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Bagi adunan kepada 3 bahagian dan warna kan unggu, merah jambu dan satu lagi biar tanpa warna.
  3. Sudukan berselang seli tapi agak berselerakkan pada dulang pembakar. Ratakan dan lorek sedikit dengan chostick. Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dan sejuk atas jaringa, Boleh sapu krim cheese tadi atasnya dan gulung kemas, simpan dalam peti sejuk 30 minit sebelum dipotong dan hidangkan..
  4. UNTUK CREAM CHEESE :- Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi..

14 comments:

khairiah khaizu said...

saya dh beli dah Majalah jelita, tadi....(*__*)

Zaara Sophea Hayat said...

wah~~~excited nk rasa!!

Suhaili Sarif said...

ya allah..feveret saya cheese
tak sangka ada kek lapis cheese..
kreatifnya jadikan die neopolitan
teringat aiskrim...
thanx pcm bagi saya cuci mata mlm2.hehe

Rozuan Ismail said...

amboi, kaler dia mcm2.

Ummi said...

MasyaAllah....kejamnyaaaaaaaaaa...

Tihara said...

waw ada cheese..gebu je nampaknye :)

lieynanilaz said...

tergoda dengan kaler2 yg kalerful itu!!...

Ibu Darwisy said...

hadeh..laporrrr

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Selamat pagi. Semoga sihat.
Kemas, menarik dan nampak sedap sungguh :-)

sarah said...

TUMPANG TANYA, TEPUNG GANDUM BIASA KE SUPERFINE TAK BLEH GUNA KA?

Qasey Honey said...

sedapnya tgk kek gulung tu...bahan2 pon xbanyak...suka sgt la nk mencubanya...hehehe...tq resepi

Mat Gebu said...

@ sarah - kalau superfine lagi bagus.. ^__*

kelipkelipchumel said...

waaahh...cantik,mudah dan simple.sy br tgk entri ni.insyaallah akan cuba nanti.

~Cik Bunga Tulip~ said...

Sedapnye..untung sape2 yg sbumbung ngan cm..harap cm pos lg entry2 kek n kueh muih.