Salam senja semua, hmmm, tadi petang letak entri gulai, kali ni letak mat gebu nya selera pulak. Tekak ni nak makan yang masam dan pedas, macam ngidam pulak kan. Tapi kat rumah mat ni, big boss tak suka tomyam ni semua, kalau laksa pun big boss suka laksa Johor atau laksa lemak. Kalau laksa penang, sah dia pening..sebab masam katanya..hmmm, kalau mat gebu, segala tok nenek laksa aku makan, jangan ada ular atau daging buaya dalam laksa tu sudah lahh. Tomyam yang mat buat ni senang, guna ready made pes sahaja, yang dalam botol tu. Mat buat sikit, je sebab ayam ada sekeping dan ada lah udang sikit. Tapi sayur2 dia yang meriah. Tomyam ni sedap dihirup panas, nak pulak kalau kena hari hujan dan cuaca agak dingin, memang sesuai sangat. Kalau ikutkan tak yah resipi pun takpe, sebab senang..betul tak?..Entri pilihan DTS kali ini ---> di sini, terima kasih..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 ekor ayam, potong kecil, cuci bersih dan toskan
10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 batang serai, dititik
1 inci halia, hiris
1/2 inci lengkuas, dititik
2 akar pokok ketumbar, cuci bersih dan diketuk
10 biji cili padi merah thai, diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu besar pes tomyam
1 kiub ayam (optional)
Sos ikan secukupnya
Sedikit gula
Sedikit serbuk lada hitam
2 - 3 biji limau kasturi, perah jusnya
Air secukupnya (2 liter)
BAHAN-BAHAN SAYUR :-)
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
1 biji tomato, belah 6
10 tangkai sweet pea
1/2 batang lobak merah, kupas belah 2 dan hiris serong
10 kuntum cendawan butang, belah 2
1 biji bawang besar, belah 6
1 batang saleri, potong kecil
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan pes tomyam, serai, bawang besar, lengkuas, halia, akar ketumbar dan air ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau rata. Tambah ayam, cili padi dan daun limau purut. Masak hingga ayam empuk. Tambah lobak merah, bunga kobis dan cendawan. Tambah kiub ayam jika guna.
- Masukkan lada hitam, udang dan sweet pea dan saleri. Kacau rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, tambah jus limau kasturi secukupnya, terpulang kemasaman yang anda inginkan. Hidangkan panas dengan hirisan daun ketumbar..
11 Comments
hu mak aih sodap nih.
ReplyDeletekecur liur nadh tgk PCM oih. sedapnyaaaa.. T.T
ReplyDeletehuu. maceh PCM. T.T
ReplyDeleteMat, napenyaaa...ko sakit tumit ke, sakit kaki ke...dah solat pun ats kerusi tuh...alahaaaiii..jumpa doc dah ke blm? Btw, cantik gambor ko niiii....rasa mcm makan kat bwh pondok je dgn anyaman alas pinggan tuuu...
ReplyDeleteaiyok.dahlah masam, pedas plak.huhu
ReplyDeletepedas dan masam..perghh meleleh air hidung.sedanyer!!dgr 10 biji cili api tu dah tau dah tahap pedas dia mengancam camni. i like!
ReplyDeletesedapnya matt, saya suka tomyam,hari2 pun x pe...tapi jgn selalu makan makanan dr laut dicampur dgn makanan darat...tak berapa bagus utk kesihatan...kalau nk makan juga makan secara berasingan...wallahualam...(*__*)
ReplyDeletewow....sedapnya tomyam..makan dgn kuetiow, terangkat.. :)
ReplyDeleteUuuiii.. terliurrr kecurrr ;-)
ReplyDeletemeriah tomyam cik mat..big boss tu sapa??wife ker??
ReplyDeletekalau dpt tgk pes tomyam yg mat gebu guna alangkah bagusnya...sbb mcm2 da saya try tapi pesnya tak sedap.
ReplyDelete