GULAI KUNING KACANG PANJANG.

rsz_dsc_6823
Assalammualaikum, hari ni mat dah boleh masak, walaupun agak makan masa. Rasa stress juga bila sakit kaki dan sukar berdiri lama ni kan. Kejap2 duduk, kejap2 duduk, punya lah selow memasak. Hari ni atas permintaan mat masak gulai kacang panjang dengan ikan masin kurau. Kacang tu bukan beli tapi petik kat belakang rumah. Kacang panjang ni pun ada macam2 jenis kan, ada yang jenis kecik, dan ada jenis panjangggggg. Macam kat rumah mat ni kacang jenis panjang, lepas tu rangup. Bila sayur fresh ni kita masak, rasa dia memang lain. Mat suka guna tulang ikan kurau, tapi kali ni guna kepala dia pulak. Kena rendam dulu sekurangnya 30 minit untuk membuang rasa masinnya. Lepas tu masak kan tulang atau kepala ikan kurau masin tadi dengan bahan2 kisar dan santan cair. Pada mat apa2 masakan yang menggunakan ikan masin kita jangan letak garam dulu, biar letak akhir, ini kerana secara logiknya, kuah masakan akan terasa garamnya dari ikan masin yang kita letak sama tadi, walaupun kita dah rendam. Penggunaan serai dan daun kunyit selain sebagai aroma, ia juga bertindak mengimbangkan rasa masakan kita. Walaupun masakan ini biasa2 saja, tapi mat tulis juga resipi....seperti dibawah.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kacang panjang, dikerat pendek, cuci dan toskan
4 - 5 keping potongan tulang ikan kurau yang masih berdaging, rendam 30 minit
2 helai daun kunyit, disiat
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besa ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
4 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus, serai titik, asam gelugor dan tulang ikan kurau masin (toskan), kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak sekejap. Jika nampak macam tidak cukup kuah, anda tuang sedikit air.
  2. Masukkan kacang panjang, bersama daun kunyit. Tuang pati santan, kacau rata dan masukkan sedikit gula. Rasa kuahnya, jika kurang garam, tambah sedikit. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk - pauk lain.

Post a Comment

10 Comments

  1. kesian pcm sakit kaki...huhu..

    moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. eh.. same lar makanan tengah hari kita.. tapi saya letak nenas gantikan kacang tu.. best..

    ReplyDelete
  3. wah,kepala ikan kurau.huhu

    p/s semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. uwaa saya lapo ni..

    CM, moga cepat baik ye..sy pun terpelecot jugak ni..bengkak buku lali..huhu

    ReplyDelete
  5. Lapo la plak...lawan gan ikan masin goreng best ni...

    cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  6. boleh cuba ni! saya memang suka gulai2 camni... sedap!!

    ReplyDelete
  7. mmm... warna kunignya nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  8. cik mat..hrp2 cpt sembuh eh.tgk lauk sedap tak sangka org tak sht yg msk..nnt tayang tomyam pulak tau.

    klu buat menu ni pasti ikan kurau tu yg licin dulu dikerjakan kami..hehe

    ReplyDelete
  9. lauk macam ni sedap..kampung dishes :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.