BEN ASHAARI

Wednesday, February 8, 2012

KEK BATIK HORLICKS SAKURA....

Kek Batik Horlick Sakura
Salam malam semua, hmm, mat nak letak satu entri sebelum tidur. Ini antara kek yang disiarkan dalam Majalah Jelita Februari 2012, kesah di sini. Dan seperti anda sedia maklum, ada berlaku kesilapan di mana mat tertinggal "horlicks" dalam resipi tersebut. Oleh yang demikian mat up kan entri kek batik horlicks sakura. Walaupun nampak biasa tapi serius sedap. Cuma satu saja, anda kalau nak buat mesti guna biskut marie biasa, jangan guna yang cekelet nya perisa atau kopi, nanti rasa dia out, tak berapa nak ok. Satu lagi warna dia pun just nice, nampak berkaremel gitu. Kalau nak nampak kiut, periaslah macam mat buat tu, konon2 aku buat tu dah habis lawaa lahh, hahaa, tapi cute gak kan letak bunga sakura sekuntum atas dia tu, comeyy jee. Apa2 pun terima kasih mat ucapkan pada rakan blogger "Sunah Sakura" atas idea beliau, jadi tu pasal mat letak nama "sakura" hujung dia.. terima kasih sekali lagi... Ok kita semak resipi di bawah ini yang mana mat dah edit balik....bagi yang membaca Jelita, mat minta maaf atas kesilapan tu yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram biskut marie, dipatah 4 setiap keping
125 gram mentega berkualiti tinggi
2 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlicks
1/4 cawan air
1 camca teh gula halus
1 camca teh esen vanilla (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, ke dalam kuali, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati bersama bahan lain. Masak hingga pekat. Tambah esen vanilla dan biskut marie.
  2. Gaul rata-rata dan matikan api. Sedia kan bekas bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci dan alas dasar dan tepinya dengan plastik cling. Masukkan no 1 tadi ke dalam tin dan ratakan. Tekan padat2. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan..

27 comments:

Kalamhati said...

wahh kena cuba buat nih!KH hantu horlicks..hihi

mas saari said...

senang je... boleh cuba ni!

JIJI YU said...

aiyak..mmg ngam2 la dua orang ni..muehehee

gadisBunga said...

cmg ni mmg genius lah.


harus dicobain ini!

Mat Gebu said...

@ jiji - ambooihh...nanti pcm buat satu resipi letak nama jiji pulak...

Sunah Sakura said...

terima kasih pcm...

Selera Sakura: Terima Kasih Mat Gebu dan JELITA Februari 2012

Suhaili Sarif said...

untungla nama sendiri dapat jadi resepi.hehe
jiji pun untung
color memang nice..hoo hoo hooo
rasa pn cam menggiurkan.#errr

Cekgu Maz said...

sedapnyerrrrrr....

Nina Mirza said...

TQvm CMG....
Harus cuba resepi nie. Nina mmg hantu kek batik. Alahai~~~ comel nyer. Nak makan pun sayang ...
ehehe . . .

Oh Oeya said...

Suka! Suka! Suka! :-)

As salam Che Mat. Selamat pagi..

Salmi Khairil said...

mesti try nie..cam sedap jer....

misz uzmy said...

yeyy balik keje ni mesti buat...TQ mat...

Ummi said...

Waaaaa manyak bagus itu Sakura kasi idea eh...anak sapa la tuuuu...eh bakal isteri sapa la tu nnt eh...nnt kak angkat sakura nak try laaa...muaaahh tu si bunga comel Sakura ituuuu... Mat, sedap eks??

Kasawari said...

Mat.. horlicks sangat berkhasiat mat. bantu rendahkan kolestrol.. leh mintak sket.. hehe

Salmiza said...

wow weeee... mst cuba ptg ni..

aDisH.sHidA said...

baru je tengok kat majalah JELITA.....

alahai cheq nie x makan sangat horlicks

Mooniqueen said...

Tetap suka yang original hehe..sebab tak minum holick..

eeiyss said...

wah... ada kek batik perisa horlick kah? nak kena terai nih

Jaja said...

cmg... kat bahan-bahan xde pun letak esen vanila... mmg kena taruk ye utk ilangkan bau telur?

fatin amalina husna said...

dah bnyak kali wat kek batik..tp susunan roti tu slalu x mnjadi..haish~

Ladysirna FA said...

sedapnya horliks!

wanie said...

Wah sedapnyaaa...nak buat la hri ni klu ada masa...bahan sedia ada kat umah...

Misz MariA said...

amboi...klu cik mat buat ape pn nmpk sedap! leh cuba nie. bahan2 sume dh ada ^^.

Mat Gebu said...

@ jaja - erkk..ok saya edit..terima kasih...kalau ta letak pun ok, masih sedap.

nanimuhamad said...

cam best jer...selalu tgk letak milo ja ni letak horlicks....hmmmm...sedap...

Sis-Lin said...

Oooo kesahnya Sakura tu Sunah Sakura...*pap! apaa la Pn Marlin ni, tertinggal keretapi..hahahahaaa

Lepas ni jgn lupa bt kek (batik tukar ke --->)kain pelikat Sis Lin plak ye Mat..hahahaaaaa

Sunah Sakura said...

saya tak minum horlicks juga, kepada orang2 di atas yang komen tu..hehehe...tapi horlicks memang banyak digunakan dalam pembuatan kek di sarawak...malah kek lapis pun banyak guna horlicks...horlicks diminum dengan horlicks yang dicampur lalu dimakan, tak sama da rasanya..

siyesly saya gitau.. kek batik horlicks ni lebih sedap dari yang milo/vico/coklat... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.