BEN ASHAARI

Tuesday, February 14, 2012

CORNFLAKE BIJAN BERLADO...

rsz_dsc_6925
Salam malam semua....buat apa tu..Hmm bosanlah, jadi tadi buat lah kerja giler yang tak berapa nak giler sangat. Plan nak buat semalam, tapi kaki sakit berdiri lelama, kang lanyak semacam, mau bentan pulak. Jadi petang tadi mat buat lah. Ini biasa2 saja. Sebab ada baki cornflake raya lepas punya yang mat simpan, peless okeh, lom xpired lagi, bulan 6 nanti baru KO. Jadi mat test buat ala2 kerepek ubi sambal. Sira2 biasa saja. Very simple ingredients cuma guna cili kisar, bawang putih, garam, gula, cuka makan, bijan dan cornflakes..tu saja. Nama Cornflake berlado tu pulak idea dari teman kolek PML, Enche Taj Firdaus. Bijan tu mat goreng tanpa minyak dulu atau pun disangrai hingga harum. Membuatnya memang cepat, cuma sebelum kita masukkan cornflakes tu, matikan api, masukkan cornflakes dan gaul rata2. Masa2 mula tu memang cornflake akan lembut sedikit, tapi bila sejuk, dia jadi rangup dan renyah. Kalau ada yang nak tambah ikan bilis ke, kacang ke, tu semua ikut suka memasing lah, takde hal punya..Ok, entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan cornflakes
2 camca besar bijan, goreng tanpa minyak hingga wangi dan sejukkan
4 camca besar penuh cili kisar (kalau nak lebihkan sikit pun boleh)
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca besar cuka makan (boleh ganti dengan 1 1/2 camca besar jus asam jawa)
Gula secukup rasa (dalam 2 - 3 camca besar)
Garam secukup rasa (jgn banyak2, cornflakes dah ada rasa masin2 sikit)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil. Masukkan secubit garam, gula dan cuka makan, kacau hingga pekat. Matikan api. Kemudian masukkan cornflakes, gaul rata.
  2. Masukkan bijan dan gaul lagi. Alih cornflakes dalam bekas dan biarkan sejuk. Masa panas ia sedikit lembut dan bila sejuk akan menjadi rangup. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.. ^__*

16 comments:

Kalamhati said...

KH penah makan time ngaja kat swak dulu..=)

Mat Gebu said...

@ KH - kalau letak ikan bilis goreng lagi sedap agaknya kan..

Awie Omar said...

kreatif dan inovatif sungguh!
Jemput la baca entriku ini
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/10-kaedah-elak-ter-sambut-hari.html

Ummiakid @ lily said...

sesuatu yang harus cuba buat kudapan depan tv ni...tq cm share resepi yang x terfikir langsung...sokmo buat cornflakes madu jerk...heehee...

Ummiakid @ lily said...

sesuatu yang bagus utk dicuba sebagai kudapan tgk tv...tak pernah terlintas nak buat. Selalu buat conrnflakes madu jerk...tu pun sebab nak Raya...heehee...

Kalamhati said...

Btul tu pcm..letak ikan bilis goreng ngan kacang tanah!pergghh

Hanis said...

Sedapnya ^_^ Nampak pun senang je nak buat ehe. Btw, jom join contest yang bernilai lebih RM 100 ni :D http://nurul-hanis.blogspot.com/2012/02/small-contest-yang-bernilai-melebihi-rm.html

CT Delima said...

As'salam Mat

bawak2lah rehat Mat, kang makin melarat sakit tu nanti. Dalam tak sihat ni sempat ya buat cornflakes berlado..emmm sedapnya Mat buat kudap2 depan tv kan.

k.ct pun masih ada baki lagi cornflakes tu, mahu setengah balang juga Mat, janji belum monoposkan..hahaha

nurpiska said...

wah, biasa makan yang manis je, tak pernah terpikir nak sira dengan pedas.

Pn. Ila said...

Salam..saya pernah mkn juga..kawan beli sebalang. Sedap..ada ikan bilis goreng + kacang juga. Memang sedap. Tak sedar kalau mkn nih..org kata 'ralit'.

*R said...

scrumptious! urm, selalunya ibu buat kalau sira dgn madu sekalipun mudah lemau dan tk rangup. ap silapny ye?

Siti_btp said...

saya pernah buat tapi cepat lemau..
Boleh tak saya tukar link dgn CMG
sekadar berkongsi pengalaman...

http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhh kena try resepi ni.. selalunya saya kalau conflake ni asyik buat biskut conflake aje rupanya ada byk lagi resepi yg boleh dicuba kann hehe

norhidana said...

perkh best2.... mkn kudap2 gini pedas2 manis gitu

maszull said...

assalamulaikum cik mat...wah mcm nak cuba buat plak tapi bahan x ada kena la cari dulu...;)

Resipi Ummi said...

Minta laluan admin:
Nikmati hot cornflakes/cornflake pedas homemade resipi ummi, lawati blog kami di www.resipiummi.blogspot.com. Terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.