BEN ASHAARI

Monday, February 27, 2012

AYAM BURMA....RINGKAS TAPI SEDAP..

ayam burma
Salam Isnin semua, hari ni mat nak share satu resipi mudah. Resipi ayam burma yang mat dah simpan lama, mat dapat dari risalah produk keluaran Maggi sekitar awal tahun 90-an dulu. Mat pernah masak resipi ni, tapi masa tu belum ada blog lagi. Hari ni mat masak sekali lagi. Rasa dia ala2 kari sikit, macam rendang pun ada, tapi tak gunakan santan. Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mau pun pulut kuning. Walaupun ada penggunaan daun pudina, namun rasanya tidak lah terlalu kuat. Satu lagi masakan ini cepat, jadi untuk ibu2 bekerja juga sesuai. Ayam Burma ni pun tak pedas, budak2 pun boleh menikmatinya. Resipi serba ringkas seperti dibawah...Jomm kita semak sama2...Tapi sebelum tu, lihat dulu blog pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

26 comments:

aDisH.sHidA said...

ayam burma....ringkas dan nampak sedap...boleh cuba lepas nie..tp daun pudina xde la kat sini..huhu

Mat Gebu said...

@ adish - tak payah letak pun ok...

Sari Yusa Ibrahim said...

ni cepat dimasak sedap dimakan ni, semua ada, kena cari daun pudina dulu..

kakchik@ella said...

tgk bahan2nya pun da tau sedap cik mat

♥yaya budak suka embun♥ said...

aduuhhhh lapa terussss :(

Syimama said...

emm nampak menawan ... ringkas camni amat sesuai utk saya yang tak berapa ke dapur ni. tq

JIJI YU said...

waaa...papa.kemain lagi resepi.oroginal burma mari..menangis ni hah jiji nengoknya..

Ummi said...

Maaaaaaaaaaatttt, ayam Burma pulak, Nyonya punya ayam x best keeee...hehe, xpa laaa, aiii makan ayam Siam jerk....ekekkeke

Rozuan Ismail said...

amboi,ayam burma dah ada.resepi ayam 1 msia x de ke.hehe

Faiz said...

CM..gambar sangat teranggg mengujakan..nak cuba tapi tak de daun pudina, pastu nanti leh namanya ayam burma jugak ke eh?..

CitarasaKu said...

CM mesti sedap lauk nie nanti kita pun terasa nak mencuba juga dengan resepi Cm nie. Tak sabar nak buat menu nie

♥ Elin ♥ said...

kalau x der daun pudina mcm mana...nak pakai daun apa di gantikan.. mcm best jer.

Sunah Sakura said...

kalo takde pati ayam gak, takpe ke? daun pudina, pati ayam, bawang besar, sume takde..hohhhh??? tak burma la ayam tu nanti..ahahaha :p

KiD said...

ni ayam sembelih ke ayam gelek motokar..? hehehe gurau2 lawak p.ramlee..

sedap lah nampak ayam burma nih.. pheeeww

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

fuhhhhh ringkas dan sedap.. nak cubalah nanti..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nampak ringkas..tq cik mat

Riri Yoorin said...

Cik mat, klu tukar daun pudina ke daun kari boleh tak

fRaMe+LenSeS said...

Nadh nk nadh nak. Hihihi

Aishamirafiq said...

Sedap giler walaupun takde daun pudina... hehehe

Lain kali nak buat lagik...

Terima kasin Mat

~nUnin~ said...

memg sedap..da wat dua kali mkn dgn nasi serai..husband pun suka..rasa dia pun ala rendang,so tahun ni wat ni je la utk raya..hehehe~

Azza said...

Laa x sangka namanya masakan ayam burma.. saya mmg guna bahan2 tu utk msk ayam cuma masakan saya xde nama dan saya main bubuh je bahan ikut sesedap rasa.

x sangka masakan ni ada nama .. hehe..

ejan farizan said...

Dah msk..sdap n snang

mommynana said...

Da cube. Yeay. Siap buh kat insta jer hihi.

azlina said...

dah masak pun hari ni ,memang sedap .

EpalBiru said...

Maaf tumpang lalu ya...
HAPUSKAN HUTANG DENGAN TEKNIK RAHSIA!!! Ramai dah cuba ni http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=14185. Budak kilang pun boleh dapat ribu raban sebulan!

Fazliana Jamil said...

Menarik sangat. Nak cuba buat2 lah nanti lah :)
Nanti ada masa jemput2 singgah blog saya ye. http://www.mamafisya.com/