BEN ASHAARI

Friday, January 13, 2012

SEKALI AIR BAH...SEKALI JAMBATAN REBAH...

rsz_dsc_3785
Bak kata bidalan orang2 lama, sekali air bah...sekali pantai berubah..tapi tu dah biasa sangat, mat tukar sekali air bah, sekali jambatan rebah, hmm aneh ke, tapi ada kebenarannya.. Semalam ingat tak seharian kecoh isu plagiat hasil kerja orang lain dan dengar cerita, hari ni blog tu dah tutup..hmm, kan dah sayang, cuba ambik langkah selamat....dan tentu selamat dan sekurang2nya boleh kita membantu antara satu sama lain, macam kami dengan blogger2 arena lain...takpelah moga jadi pengajaran pada beliau dan pada mereka2 yang punya keinginan melakukan perihal yang sama...Jadi sebelum buat apa2, pastikan ia mengikut saluran yang betul. Baik lah kita tinggalkan kesah tak bes tu, kali ni bercerita pasal menu hari ni. Macam carca merba saja, tak ikut law..huhu, mat perasan resipi dalam entri ni macam tak leh nak relate satu sama lain..Bayangkan, ada sup ayam, lepas tu sup petola manis, sambal tumis dan ayam goreng kunyit...tah hapa2 lah si mat tu. Tapi atas permintaan, jadi mat gebu sebagai pembantu rumah terhormat, laksanakan lah sebaik mungkin, tu belum masuk, ulam petai, pucuk ubi rebus lagi..huhu...


Macam dua gambar atas ni, yang kiri tu sup petola manis, mat masak dengn udang kecil, tambah soo hoon lagi, atau mi kata anak buah mat. Petola manis ni selain masak sup atau tumis air, boleh gak masak lemak putih atau goreng. Kalau dalam sup tu, anda campur cendawan tiram atau fucuk pun sedap. Jangan lupa letak lada hitam sikit, sebab petola ni sayur berunsur sejuk, bila ada lada hitam, kira seimbang. Pstt sebelah tu sambal tumis ikan bilis, ni gara mamafami lah, saja tau dia goda2 mat dengan sambal tumis dia semalam, apa ingat dia je ke boleh buat...mat gebu pun boleh laaa...kita tak heran tau setakat sambal tumis, lain lah TEKO ke....Teko ke..atau TEKO ke...baru heran...haha..Resipi nanti mat tulis..kita lihat yang seterusnya pulak....


Waaaaaaa...ayam goleeenggg...manyak sedap maaa..haha, tapi ni cuma ayam goreng kunyit sempoi..hoo guna kunyit serbuk..ooo tiidakk. no..no..no, we guna fresh turmeric untuk perap iteww ayam okeh..haha. Saja lah, orang dulu2 kan suka guna benda2 segar dan alami. Tapi kalau takde, belasah saja lah dengan serbuk kunyit..apa ada hal. Dannn yang sebelah tu, sup ayam..alah sup simple2 saja, mat guna sup bunjut ADABI, sebab nak cepat masa tu. Satu lagi memasak kena pandai organize. Tungku dapur ada 3 - 4 kan, jadi guna semua, baru lah cepat, cuma perlu alert lah, tak boleh nak khayal2 berangan bagai (tapi sebagai blogger , berangan tu penting untuk kita menulis entri..serius nih...tips ok..so sila berangan yea), kang ada yang hangus pulak..erkk. Hmmm....penat sudah..jom lah tulis resipi pulak...yang senang2 saja....Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..Terima kasih..

TUMIS AIR PETOLA MANIS BERUDANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis saiz sedernaha
1/4 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
Serbuk lada hitam secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dikupas kulit, cuci dan toskan. Belah dua, kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawangt merah dan putih hingga harum. Tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Biar mendidih.
  3. Masukkan petola dan soo hoon (toskan). Masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam (yang ni mat tak goreng dulu)
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 senduk nasi penuh cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana. Tuang jus asam jawa, tambah gula dan serbuk perasa. Kacau dan masukkan ikan bilis, gaul rata.
  2. Masak hingga pekat. tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan bawang besar. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sesuai untuk nasi lemak, makan bersama ubi rebus, roti dan juga pau sambal....

AYAM GORENG KUNYIT HIDUP...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ketul peha ayam + 6 kepak ayam
3 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peha dan kepak ayam dicuci bersih, cucuk dengan garfu. Ketepikan, sementara itu, tumbuk halus kunyit hidup, bawang putih dan gaul bersama serbuk lada sulah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah peha dan kepak ayam tadi. Gaul dan perap 3 jam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng ayam tadi, sederhanakan api dan goreng hingga ayam kuning keemasan, jangan sampai garing, nanti keras. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili...


SUP AYAM REMPAH BUNJUT...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam yang telah dipotong (ikut suka nak potong berapa), cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 rempah sup bunjut ADABI
Garam secukup rasa
1 kiub ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, biji, tumbuk halus
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Air secukupnya
1 inci halia tua*
3 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/3 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk halus, masak hingga harum. Tambah serai dan lengkuas, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan sup bunjut, bawang goreng dan daun sup. Tambah kentang dan masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang empuk dan ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama mi hoon, ketupat atau begitu sahaja.

26 comments:

aDisH.sHidA said...

walaupun ia simple tetapi sedaaaaaaaaaaaap pembuka selera :)

terliur nya

kkida @ 1001resepi said...

salam,
simple dan sedap mat...masakan ringkas...sambal tumis tu kecur ayor lior kkida nengoknya...hehe...

Rozuan Ismail said...

oo yeah,wan belajar benda baru hari ini pasal petola, kena letak lada hitam sebab petola ni sayur yang sejuk. jadi baru seimbang bila letak lada hitam.


p/s wah blog pilihan DTS tu ibu kepada hanis zalikha kan?

Kalamhati said...

sambal bilis tu paling menggoda..hehe

lawa lak shot tu..superb!=)

susumanis said...

ku pandang saje pon konyang..kalau mengadap makan..alhamdulillah lah byk byk..tq CMG...terapi minda yang lazat sekali :)

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

sedapnya cik mat...
membuka selera...

pstt cik mat..org yg tutup blog tu dok meroyan kat page dia lak..tp lantak dia la kan..kita teruskan ngan tugas dan tgjwb kita je la ye....

Iffah Afeefah said...

skali byk entry pcm ni

Areef Ibn Naim said...

salam CM,

pilihan saya gabung ayam goreng, sup petola n sambal tumis... tp sup ayam pun bolehlah, hehehe...

Nieza said...

sedapnya! terliur tgk menu cik mat ni terasa mcm mau terbang blk ke kg la:)

Ummi said...

Hahahaa...kat Kuantan nih, sekali bah, sekali pindah...2x bah, 2x akak tengok orang pindah randah...aiiissshh kesian kaan..nasib x aii yg pindah..syukur..

IQBAL ZARIN said...

gigig CMG goreng ayam dengan kunyit hidup. hehe

Amie said...

tak kisahlah Mat, menu apa pun yang penting semuanya nampak sedap!

Sis-Lin said...

Penuh meja..sangatseimbang, ada sup, ada pedas, juga ada kering... :)

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

mat ni.. rajin la.. macam-macam ada.terliurnya..

kakna said...

sory.. mat.ni line buat hal la ni.

AZLITA AZIZ said...

Selamat pagi Mat
sayur petola masak air tu lah lauk yg paling akak suka..
kombinasinya dah kena dah tu mat..

sayur petola makan dengan sambal tumis lawannya ikan goreng pon dah cukup menyelerakan.. apalagi kalau ada ayam goreng..

adoiii... dah nak pengsan ni mat.. nak gi cari petola lah hari ni..

faa.rosli said...

petola sedap! my fevret!

ninazsyafinaz said...

Lauk petola tuh betul2 menggamit nostalgia..sayu betul..sbb terus tringat arwah mak yg akan masakkan petola peberet kita tuh.haiz

Kasawari said...

lama aku tak makan sayur petola.. dulu ada tanam banyak kat tepi rumah mak..

Eryati said...

ayam goreng yg mgoda iman diet ku

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.