DAH TAK MAMPU KAN...INI JELAH YANG BOLEH..

rsz_dsc_3702
Salam Jumaat, baru dapat nak up entri, pening...bosan..dan tatau lah, bila fikir sikap manusia sekarang ni makin aneh lah... Pagi ni mat blurr...blank...tak boleh nak fikir, buat sarapan pun dah lewat. Nak habiskan segala maknikan khazanah yang berbaki sikit2 dalam peti sejuk, mat buat lah cekodok, Ini kalau ikutkan semua orang boleh buat, sapa tatau buat cekodok. Tapi ini bergantung pada air tangan juga lah. Entri ni sebenarnya biasa2 saja, nak cerita pun macam takde benda menarik, cuma tu lah, ada kala tidak menarik pada kita tapi tidak pada orang lain, macam tulah, apa2 sekali pun entri kita paling utama ia bukan hak orang lain yang kita "ambik" tanpa kerelaan mereka...

rsz_dsc_3722
Cekodok udang ni sesuai untuk sarapan dan minum petang. Cicah sos kegemaran atau pun sambal tumis...hmm, hidangkan pulak dengan kopi. Tau tak, ini adalah satu hidangan ringkas yang boleh memikat hati mak/pak mertua anda....waaaaaaaa, macam bagus je si mat tuu kan, haha, eh betul, tapi jangan lah hari2 nko hadap kan orang tua tu dengan cekodok, hagak2 lah, kalau hari2 ada kang terpengsann dia orang. Ok lah kali ni intro kontot je. Tapi mat tulis juga lah resipi....seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air atau secukupnya
1 genggam isi udang
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 biji telur
1 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
1/4 camca teh baking powder
Sos kegemaran sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, baking powder, udang, bawang besar, bawang putih, daun sup dan cili merah/hijau. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan telur, kacau dan tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga mendapat bancuhan yang sempurna. Rehatkan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan tadi dengan hujung jari yang telah dibasahkan sedikit ke dalam minyak panas. Buat 10 - 12 biji cekodok sekali goreng, bergantung pada saiz kuali. Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat dan toskan. Hidang bersama sos kegemaran anda..

Post a Comment

13 Comments

  1. cekodok cmg pun dh buat saya terliur....

    ReplyDelete
  2. mmg best layan sambil tgk tv..sedar2 dah habis.he3

    ReplyDelete
  3. sedapnye.. tetibe rasa lapar.

    ReplyDelete
  4. cokodok gini juga yg menjadi pujaan hatiku.....he3

    ReplyDelete
  5. simple tapi tu yg sedap. dapat pula pencicah yg digunakan tu masyuk kan.


    p/s tgh sedihlah PCM. kalau PCM ada masa, boleh dgr citer saya

    ReplyDelete
  6. Cekodok cecah sambal tumis pun sedapppp!

    ReplyDelete
  7. memang sesuai pun bila tak ada mood.. tapi ni la yang paling sedap!

    ReplyDelete
  8. smlm sy makan cucur..sedap nyer ...gambar nyer menarik la...kalau jual ni , mmg laku la...hehe

    ReplyDelete
  9. ini lah yg menjadi fav anak2 akak.. kalau dapat cicah dgn sambal tumis ikan bilis lagi terangkat!

    ReplyDelete
  10. feveret ni!huhu teringat ms duk kat swak dulu..udang murah, manjang je la way cekodok udang ni..hehe

    ReplyDelete
  11. cekodok ne kalo mkn panas2 time2 hujan2 dpt lak ngan air teh o or kopi o panas..terbaek tu..:)

    ReplyDelete
  12. yum yum tp nape sy buat cekodok selalu keras ekk..hehehe

    ReplyDelete
  13. pcm, i suggest kan u buat watermark sebesar-besarnye di tengah-tengah gambar. susah sket si pencuri2 tu nak ubah sana-sini. i pernah dulu org curi my gambar, last2 i tukar function blog supaya org takleh right click/ sometimes i letak watermark tengah2 so that org tak leh curi.

    btw, all the best & take care :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.