BEN ASHAARI

Sunday, January 29, 2012

PARI MASAK SANTAN BERLADA.

rsz_dsc_5573
Salam, selamat siang semua. Dah siap masak?. Hari ni mat masak juga lah tapi masakan biasa. Entri hari ni sebenarnya, menu semalam, tapi letak hari ni. Pening juga nak fikir apa nak masak. Lagi2 kalau bahan mentah terhad. Dalam freezer ada ikan pari, hmm nak masak asam pedas macam bosan dah, fikir punya fikir, lepas tu teringat nak buat ikan santan berlada, ala2 masak lemak tapi kuah dia kemerahan. Kalau tengok kurang lebih asam pedas yang dicampur santan, tapi ada beza sikit dari segi rasa. Mat guna ikan pari, kalau anda guna ayam pun sedap, atau udang, nak brutal lagi guna ketam....perghh, melelehh. Resipi mudah seperti berikut tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terim kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
1 biji terung bulat, kupas sediki kulit dan didadu bersar2, rendam
1 biji tomato, belah 6
1 senduk nasi cili kisar
4 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 camca teh ketumbar biji
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan terung (toskan). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan tomato belah, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga gunakan ayam sebagai ganti ikan pari.

6 comments:

Kalamhati said...

tak pernah makan lagi pari yg dimasak santan mcm ni...mesti best kan?=)

zaMir said...

Waaaa......pari!!!! sedapnyaaa!!! baru mkan pari bkar time camping dgn uncle sorang tu hari tu..errr

Puan Fifiey said...

sedap tuu

Telor Power said...

hari2 tgk blog mat gebu....aku tak berani nak komen. pasal bila tgk jer mesti resipi yg sedap2 jer terliur. tapi kali nie kena komen gak...pasal ikan pari tu....adalah fevert aku.

cik mat gebu: oh bila la nak ajak aku makan nie.

Rozuan Ismail said...

ikan pari masak asam pedas pon sedap

sarah said...

hmmm nampak menarik..bleh cuba nanti..salam perkenalan dari http://ceritaceritisiti.blogspot.com...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.